Masalah Penulisan Karangan dalam Kalangan Pelajar Sijil Vokasional Malaysia di Kolej Vokasional
List of Authors
  • Halimah Jamil, Nur Syaza Farha Diyazid, Shamsudin Othman

Keyword
  • kemahiran menulis, penulisan karangan, kolej vokasional

Abstract
  • Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran bahasa yang paling sukar untuk dikuasai dalam bahasa Melayu. Kemahiran menulis juga melibatkan penggunaan tahap kognitif yang kompleks untuk menghasilkan penulisan karangan yang berstruktur dan bermakna. Namun, pencapaian pelajar kolej vokasional dalam kemahiran menulis karangan semakin merosot melalui pemerhatian gred pentaksiran akhir. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi permasalahan dalam penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar kolej vokasional. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan dan menggunakan satu set soal selidik sebagai alat instrumen kajian. Seramai 80 orang pelajar Sijil Vokasional Malaysia Tahun 2 di kolej vokasional sekitar Kuala Lumpur dan Selangor telah dipilih sebagai responden. Data dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 26.0. Dapatan kajian ini akan mempamerkan faktor paling dominan yang menjadi punca kepada masalah untuk menulis karangan yang cemerlang dalam pentaksiran akhir.

Reference
  • No Data Recorded