Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif Semasa Penghasilan Boneka Tongkat Terhadap Kemahiran Komunikasi Dan Kemahiran Berpasukan Murid
List of Authors
  • Rasathi Selvarajah

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pembelajaran koperatif dimaksudkan satu proses pembelajaran dengan amalan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai objektif atau matlamat kumpulan. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran berpasukan, membantu guru menjalankan aktiviti boneka tongkat dan untuk membantu murid menghasilkan boneka tongkat yang berkualiti. Seramai 32 orang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Ampang yang telah terlibat dalam kajian ini. Kajian  ini menggunakan kaedah temubual, soal selidik dan analisis dokumen untuk mengumpul data kuantitatif dan data kualitatif. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian adalah min 78.5. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS) versi 26.0. Hasil dapatan mendapati 32 peserta kajian telah berjaya mendapat gred A. Kesimpulannya, kaedah pembelajaran koperatif ini berjaya meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran berpasukan untuk membentuk dan membuat binaan boneka tongkat yang berkualiti.


Reference
  • No Data Recorded