Tahap Penerimaan Guru-Guru Tadika Swasta Terhadap Murid Berkeperluan Khas (MBK) Di Negeri Melaka
List of Authors
  • Noor Diyana Yaacob

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Realitinya persepsi negatif dan kurang penerimaan guru prasekolah terhadap murid berkeperluan khas (MBK) masih berlaku pada era globalisasi ini kerana hakikatnya masih terdapat penolakan penempatan mereka di dalam kelas bersama murid tipikal. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, sikap, dan amalan guru prasekolah terhadap penerimaan MBK. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Teknik persampelan rawak mudah digunakan bagi mendapatkan 80 orang responden yang terdiri daripada populasi guru-guru tadika swasta di sekitar negeri Melaka. Instrumen borang soal selidik adalah hasil adaptasi daripada kajian lepas. Analisa dinyatakan dalam bentuk frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan tahap penerimaan yang sederhana terhadap MBK di kalangan guru prasekolah swasta. Oleh itu, pentingnya guru prasekolah mengikuti kursus, seminar atau bengkel berkaitan MBK supaya dapat meningkatkan pengetahuan, emosi dan kesediaan dalam merancang program pembelajaran yang lebih berkesan kepada semua murid termasuklah MBK. Justeru itu, sokongan daripada pelbagai pihak merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, latihan, kemudahan khas dan lain-lain supaya dapat memberikan kualiti pengajaran yang maksimum kerana guru merupakan komponen penting untuk menjayakan matlamat ini.


Reference
  • No Data Recorded