Perenggu Minda melayu dalam lirik lagu: satu analisis makna
List of Authors
  • Masitah Mad Daud , Zulkifley Hamid

Keyword
  • Konsep tujuh jenis makna, pemikiran, perenggu minda, rawak bertujuan, Six Thinking Hats

Abstract
  • Perenggu minda melayu dapat dilihat dalam pelbagai khazanah bahasa Melayu. Kajian ini mengkhusus kepada penganalisisan makna yang terkandung dalam lirik lagu Melayu untuk membolehkan kita melihat bentuk pemikiran orang Melayu. Bidang semantik mengkaji dan menganalisis makna perkataan dan ayat. Perkataan merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Bahasa dan masyarakat tidak dapat dipisahkan kerana anggota masyarakat perlu saling berhubungan, dan bahasa adalah medium yang paling berkesan untuk menyampaikan makna. Bahasa dalam lirik lagu juga sangat penting dalam menyampaikan makna kepada pendengar. Makna yang terdapat dalam lirik lagu adalah pengertian yang bukan sahaja muncul daripada bahasa yang disusun dan digunakan, bahkan mempunyai perkaitan dengan bentuk pemikiran penulis lirik lagu tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis jenis-jenis makna perkataan dan kategori gaya berfikir yang terdapat dalam lirik lagu yang dinyanyikan oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Kajian ini turut menghuraikan perkaitan antara jenis-jenis makna perkataan yang digunakan dengan pemikiran yang terserlah melalui lirik lagu-lagu tersebut. Kajian ini menggunakan data lirik lagu yang dinyanyikan oleh Dato’ Siti Nurhaliza daripada tahun 1996 hingga 2010 yang dipilih secara rawak bertujuan (purposive sampling). Kajian ini telah menggunakan pendekatan konsep tujuh jenis makna yang diperkenalkan oleh Geoffery Leech (1974) dan model Six Thinking Hats yang dikemukakan oleh Edward De Bono (1992). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat enam jenis penggunaan makna daripada tujuh jenis yang telah dikemukan oleh Leech (1974) iaitu makna konotatif, stilistik, afektif, reflektif, kolokatif dan tematik. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa keenam-enam skema warna topi atau gaya berfikir tersebut terserlah melalui bait-bait lagu yang diaplikasikan melalui penggunaan jenis-jenis skema berfikir tersebut. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa bait-bait lagu bukanlah hanya untuk menghibur tetapi turut bertujuan untuk mewujudkan suasana ketenangan, di samping mendidik para pendengar dengan pelbagai nilai murni. Lirik lagu Melayu dapat memberikan kita gambaran tetang perenggu minda Melayu.

Reference
  • 1. Abdullah Hassan. (2005). Linguistik Am: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Akademia.
    2. Adnyana, I Made Putra. (2014). Types and Meanings Of Idiom In The Song Albums Of Oasis And Guns N’roses. HUMANIS, 6(3): 1-9.
    3. Asmah Haji Omar. (1991). Bahasa Melayu abad ke-16: satu analisis berdasarkan teks Melayu ʻAqaʾid al-Nasafi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    4. Bayu Angin. (1996). Ziana Zain dan Amy Mastura dalam Nyanyian. Pelita Bahasa, 8(7): 3-4.
    5. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan Buku 1. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
    6. De Bono, E. (1992). Six thingking hats for schools. Melbourne: Hawker Brownlow Pty Ltd.
    7. Hawa Mahfuzah & Zulkifley Hamid. (2015). Akal Budi dalam Mantera: Analisis Semantik Kognitif. Jurnal Melayu 14 (2): 260-273.
    8. Junaini Kasdan, Nor Hashimah Jalaluddin. (2015). Unsur Asam dan Akal Budi Melayu. Seminar Meja Bulat: Simpulan Bahasa dan Kognitif Penutur. Anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, 28 September 2015.
    9. Lirik Lagu. t.th. http://liriksemualagu.blogspot.my/2010/02/semua-lirik-lagu-siti-nurhaliza.html. [15 Julai 2016].
    10. Leech, G. (1974). Semantics. England: Penguin Books Ltd.
    11. Lyons, J. (1994). Bahasa dan Linguistik: Suatu Pengenalan. Terj. Ramli Salleh & Toh Kim Hoi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    12. Mohd Shaffie Abu Bakar. (1991). Metodologi Penyelidikan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    13. Nik Safiah Karim. (1994). Bahasa Dalam Lagu. Pelita Bahasa. April: 28-29.
    14. Nor Nur Amirah Che Soh dan Che Ibrahim Salleh. (2014). Keindahan Bahasa dalam Lirik Lagu P. Ramlee. International Journal of the Malay World and Civilisation, 2(1): 103-111.
    15. Sabitha Marican. (2012). Penyelidikan Sains Sosial: Pendekatan Pragmatik. Selangor: Edusystem Sdn. Bhd.
    16. Semi, M. A. (1988). Anatomi Sastera. University of Michigan: Angkasa Raya.
    17. Sudirman Mohd Tahir. (2016). Kualiti Ekspres: Lirik Sekarang Lebih Ringkas. Berita Online My Metro, 27 Julai. www.hmetro.com.my/node/51088.
    18. Suwardi, MS. (1991). Budaya Melayu Dalam Perjalanannya Menuju Masa Depan. Pekan Baru: Yayasan Penerbit MSI.
    19. Terre Blanche, M., & Durrheim, K. (1999). Histories of the present: Social science research in context. Research in practice - Applied methods for the social sciences, 2: 1-17.
    20. Wiranata, Eddy. (2015). Types and Meanings Of Idiomatic Expressions In Forever The Sickest Kids’ album “Underdog Alma Mater”. HUMANIS, 11(1): 1-8.
    21. Zulkifley Hamid dan Mohd Asyraf. (2014). Membina Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Holistik Dalam Kalangan Pelajar Menggunakan Modul Edward De Bono. e-BANGI: Journal of Social Sciences and Humanities. 9(2): 001-013.
    22. Zulkifley Hamid. 2012. Keupayaan berbahasa Melayu dalam kerangka satu Malaysia. e-BANGI: Journal of Social Sciences and Humanities. 7(1): 224-234.
    23. Zulkifley Hamid. (2002). Pepatah-Petitih Sebagai Cerminan Minda Melayu Minang. Dlm. Santri Yunizarti dan Media Sandra Kasih (eds.). Menelusuri jejak Melayu-Minangkabau, Padang: Yayasan Citra Budaya Indonesia: 171-181.