Pelaksanaan PdPc dalam talian (OLL) semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) fasa 1 dan 2 Covid-19
List of Authors
  • Bani Hidayat Mohd Shafie

Keyword
  • Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), COVID-19, pembelajaran dalam talian (OLL), siswa guru, IPG

Abstract
  • Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 1 dan Fasa 2, pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) telah menggunakan beberapa aplikasi pengajaran dalam talian Online Learning (OLL) untuk memastikan bahawa sukatan pelajaran dapat dilaksanakan dengan baik seperti yang dirancangkan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau berkaitan pelaksanaan PdPC OLL semasa PKP 1 dan PKP 2 yang merangkumi aspek penglibatan pensyarah dan siswa guru, platform aplikasi utama dan sokongan, jenis interaksi, serta masalah dalam pelaksanaan PdPc OLL semasa PKP1 dan PKP 2. Seramai 180 responden yang terdiri daripada pensyarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam terlibat dalam kajian ini. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan campuran (mix method) di mana data kuantitatif disokong oleh data kualitatif. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang mengandungi 15 item soalan dibentuk menggunakan Google Form dan diedar melalui aplikasi WhatsApp kepada semua responden. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang merangkumi taburan frekuensi dan peratus. Hasil kajian keseluruhan menunjukkan bahawa semua pensyarah menunjukkan penglibatan 100% begitu juga majoriti siswa guru terlibat sama dalam PdPC OLL. Hasil Dapatan juga menunjukkan bahawa Platform utama PdPc OLL ialah WhastsApp dikuti Google Classroom dan Telegram serta disokong oleh aplikasi media sosial yang lain. Majoriti pensyarah menjalankan PdPC menggunakan interaksi segerak (synchronize atau real time) (PKP fasa 1 = 90%), PKP fasa 2 =86.80%), namun begitu interaksi tidak segerak (asynchronous) juga dilaksanakan mengikut keperluan masa dan tempat (PKP Fasa 1= 10%, PKP fasa 2 =13.20%). Terdapat dua masalah utama yang timbul daripada penemuan kajian ini, iaitu masalah rangkaian internet dan masalah kapasiti data pelajar menyukarkan pelaksanan PdPC OLL semasa PKP 1 dan 2 berjalan dengan baik. Implikasi Kajian ialah memberi jangkaan awal berkaitan masalah dan persediaan menghadapi wabak COVID-19 dan membuka ruang kepada pilihan-pilihan alternatif dalam PdPc OLL ke arah sistem IPG yang lebih fleksibel dan dinamik.

Reference
  • 1. Bravo, E., Amante, B., Simo, P., Enache M. & Fernandez, V. (2011). Video as a new teaching tool to increase student motivation. IEEE Global Engineering Education Conference (EDUCON), pp. 638-642.

    2. Israel, M. J. (2015). Effectiveness of Integrating MOOCs in Traditional Classrooms for Undergraduate Students. International Review of Research in Open and Distributed Learning. 16(5): 102-118.

    3. Jamaludin, Z. & Sani, A. M. (2012). E-Learning Champion: Fungsi, Tugas Dan Petunjuk Prestasi. Buletin MEIPTA. Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti. Universiti Utara.

    4. Noor Fadzilah Ab Rahman, Rafiza Kasbun, NurKaliza Kahlid, Siti Azrehan Aziz & Nur Hashima Mohamed. (2017). Penggunaan Aplikasi Visual Dalam Pembelajaran Konsep Dan Asas Pengaturcaraan. National Pre University Seminar (NpreUS2017).

    5. Rahman, N. F. A., Khalid, N. & Kasbun, R. (2018). Cabaran dan Pendekatan Mempelajari Konsep Struktur Data. Proceeding of ICT-ITS 2018. 4th International Conference on Information Technology & Society.

    6. Raiyn, J. J. J. O. E. & Practice. (2016). The Role of Visual Learning in Improving Students' High-Order Thinking Skills. Journal of Education and Practice. 7(24): 115-121

    7. Razali, N. A., Norman, H., Rahman, M. J. A. & Jamilluddin, N. A. (2017). Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive Open Online Courses bagi Peringkat Pengajian Tinggi. Seminar Serantau 2017, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    8. Malaysia, Kedah. Dimuat turun daripada https://meipta.files.wordpress.com/2012/02/buletin-meipta-bil-1-2012-vb-print.pdf

    9. Ruddder, A. & Mohammed, S. (2007). Teaching Programming Using Visualization. Proceedings of the Sixth Conference on IASTED International Conference Web-Based Education. Vol.2, 487-492.

    10. Shabiralyani, G., Hasan, K. S., Hamad, N. & Iqbal, N. (2015). Impact of Visual Aids in Enhancing the Learning Process Case Research: District Dera Ghazi Khan. Journal of Education and Practice. 6(19): 226-234.

    11. Umbit, A. F. & Taat, M. S. (2016). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penerimaan E-pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Di Institut Pendidikan guru di Sarawak. Jurnal Penyelidikan IPGK Bil.13, 1-14.

    12. Worlitz, J., stabler, A., Peplowsky, S. & Woll, R. (2016). Video Tutorials: An Appropriate Way of Teaching Quality Management Tools Applied with Software. Quality Innovation Proseperity. 20(2):169-184.