Kemahiran Guru dalam Mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran di Prasekolah
List of Authors
  • Chew Le Yee

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Dalam era globalisasi yang berpesatkan perkembangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, pembudayaan dan penguasaan teknologi dalam pembangunan pendidikan dipentingkan dalam kalangan guru dan murid. Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pemudahcaraan prasekolah adalah salah satu langkah untuk meningkatkan kualati dan keberkesanan pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Alat atau perisian teknologi yang digunakan dalam pendidikan prasekolah secara meluas telah memberikan kesan positif terhadap pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, guru perlulah mempunyai kemahiran asas menggunakan komputer. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran guru prasekolah di daerah Kuala Selangor dalam penggunaan teknologi. Kajian tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif ini telah dijalankan dengan menggunakan instrument soal selidik yang telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya dengan nilai Cronbach Alpha keseluruhan yang tinggi iaitu 0.818. Soal selidik kajian ini disediakan dengan menggunakan skala likert dan diberikan kepada sampel kajian melalui Google Form. Sampel dalam kajian ini melibatkan 80 orang guru prasekolah di daerah Kuala Selangor berdasarkan kaedah persampelan bukan rawak mudah bagi mendapatkan maklumat kajian yang dikehendaki. Data dianalisis dengan perisian Statistical Package of Social Sciences. Analisis dibuat dengan kaedah statistik deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai untuk melihat tahap kemahiran guru dalam penggunaan teknologi. Hasil kajian menunjukkan guru prasekolah mempunyai tahap kemahiran menggunakan teknologi yang tinggi. Dapatan ini memberi sumbangan bahawa pentingnya untuk mengintegrasikan teknologi dalam pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Oleh itu, guru perlu menyediakan dan memberi suasana pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan abad ke-21.


Reference
  • No Data Recorded