Keberkesanan integrasi sawit meningkatkan pendapatan pekebun kecil sawit: kajian kes di Johor, Malaysia
List of Authors
  • Zaimah, R.

Keyword
  • Integrasi sawit, pekebun kecil sawit, integrasi tanaman, integrasi ternakan, pendapatan bulanan

Abstract
  • Tanaman kelapa sawit oleh pekebun kecil di Malaysia mewakili 40 peratus daripada keluasan keseluruhan tanaman sawit. Maka setiap pekebun kecil sawit adalah diharapkan dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran mereka. Malahan kerajaan turut menetapkan sasaran peningkatan pendapatan pekebun kecil kelapa sawit kepada sekurang-kurangnya RM4,000.00 sebulan menjelang tahun 2020. Untuk itu, program integrasi sawit telah diperkenalkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK9) sebagai pemangkin kepada sasaran meningkatkan pendapatan para pekebun. Program integrasi sawit adalah amalan yang mengintegrasikan tanaman sawit bersama aktiviti ekonomi lain, sama ada tanaman atau ternakan, atau kedua-duanya. Persoalannya, sejauhmana amalan integrasi sawit ini benar-benar efektif dalam meningkatkan pendapatan pekebun kecil sawit. Justeru, objektif utama perbincangan adalah menganalisis sejauhmana amalan integrasi sawit berjaya meningkatkan pendapatan pekebun kecil sawit. Seramai 140 orang pekebun yang mengusahakan integrasi sawit dianalisis dalam perbincangan ini. Statistik deskriptif dan ujian Pearson Chi-square digunakan bagi menjawab objektif perbincangan. Hasil kajian menunjukkan sebahagian besar pekebun kecil sawit melakukan amalan integrasi tanaman berbanding integrasi ternakan. Sebahagian besar pekebun bersetuju dan sangat bersetuju bahawa integrasi sawit dapat meningkatkan pendapatan mereka. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian pekebun kurang setuju bahawa integrasi sawit dapat meningkatkan pendapatan mereka. Dapatan ini perlu diberikan perhatian dan perlu diselidiki lebih mendalam bagi mengenalpsati punca-punca yang menyebabkan integrasi sawit gagal meningkatkan pendapatan sebahagian pekebun kecil sawit yang dikaji.

Reference
  • 1. Anup, D., Munda, G.C., Thakur, N.S., et al. 2013. Integrated agricultural development in high-altitude tribal areas: a participatory watershed programme in the East Indian Himalaya. Outlook on Agriculture, 42(2), 141-144.
    2. Aziz Abdul Majid, Ab. Latif Ibrahim, Norizan Md Nor & Hassan Naziri Khalid. 2003. Pertanian mapan: cabaran dan strategi pembangunan dalam sektor pertanian di Negeri Perlis. President Society, Space and Environment in Globalized World: Prospect and Challenge. http://eprints.utm.m/5024/1. Online: 6 April 2016.
    3. Bambang, R.P., Andi, D., Atien, P. & Darwinsyah, L. 2004. Beberapa masalah di dalam pengembangan sistem tanaman-ternak di Lahan Kering, pusat penelitian dan pengembangan ternakan Bogor. http://digilib. litbang.pertanian.go.id/v2/katalog /buku/P/prosiding-seminar-nasional-sistem-integrasi-tanaman-ternak/0/0/2004/ beberapa-masalah-di-dalam-pengemabanngan-sistem-tanamanternak-di-lahan-kering. Online: 4 April 2016.
    4. Batubara, L.P. 2003. Potensi integrasi peternakan dengan perkebunan kelapa sawit sebagai simpul agribisnis ruminan. Wartazoa, 13(3), 83-91. http://peternakan.litbang. pertanian.go.id/fullteks/wartazoa/ wazo133-1.pdf. Online: 10 May 2016.
    5. Che Johari Mamat. 2014. MPIC anjur retreat realisasi transformasi sektor komoditi. Berita Sawit, Berita Harian, 1 Mac 2014.
    6. Edi Mardiana & Zainal Mahmud. 2003. Tanaman sela di antara pertanaman kelapa sawit. Lokarkarya Lokakarya Sistem Integrasi Kelapa Sawit-Sapi. http://farmsolution. blogspot.my/2008/11/tanaman-sela-diantara-pertanaman-kelapa.html. Online: 1 April 2016.
    7. IADP Report. 2006. Integrated agriculture development project (IADP) for Khairon. Appraisal Report. February 2006. http:// www.afdb.org/fileadmin/uploads/afdb/ Dociments/Project-and-Operations/TN-2006-017-EN-ADB-BD-WP-TUNISIA-AR-INTEGRATED-AGRIC-DEVELOPMENT-PROJECT-IADP-FOR-AIROUAN.PDF. Online: 23 May 2014.
    8. Kamil Azmi Tohiran. 2012. Bebiri baka Barbados Blackbelly sesuai diternak. Berita Sawit. Berita Harian. 1 Mac 2012. http://www. mpob.gov.my/images/stories/pdf/ Berita_Sawit/2012/2012_BS_Mac.pdf. Online: 30 April 2016.
    9. Kumar, U.D. & Chattapadhyay, M. 2010. Crop diversification by poor peasants and role of infrastructure: evidence from West Bengal. Journal of Development and Agricultural Economics, 2(10), 34-350.
    10. Liyama, M. Maitama, J. & Karuiki, P. 2007. Crop-lovestock diversification in relation to income and manure use: a case study from Rift Valley Community, Kenya. African Journal of Agricultural Research, 2(3), 058-066.
    11. Makinde, E.A., Saka, J.O. & Makinde, J.O. 2007. Economic evaluation of soil fertility management options on cassava-based cropping systems in the rain forest ecological zone of South Western Nigeria. African Journal of Agricultural Research, 2(1), 007-013.
    12. Ndhlvu, D. 2010. Determinants of farm household cropland allocation and crop diversification decisions: the role of fertilizer subsidies in Malawi. http://brage.bibsys.no//xmlui/bitstream/handle/11250/187341/2010/ndhlovu.pdf? sequence=3. Online: 4 April 2016.
    13. Nursuhana Dahari & Noryati Mahri. 2014. Raih RM50,000 setahun hasil integrasi sawit. Berita Sawit, 5 April 2014.
    14. Pasandaran, E. Djajanegara, A. Kariyasa, K. & Kasryno, F. 2005. Kerangka konseptual integrasi tanaman-ternak di Indonesia. Dalam: Integrasi Tanaman-Ternak di Indonesia. Badan Penelitian dan Pengembangan Pertanian. hlm. 11-31.
    15. Prasetyo, T., Setiani, C. & Kartaatmaja, S. grasi tanaman-ternak pada sistem usahatani di Lahan Irigasi: studi kasus di Kabupaten Grobogan, Jawa Tengah. Wartazoa, 12(1), 28-34.
    16. Rahman Ismail. 2002. Integrasi ternakan lembu di ladang sawit-satu pengalaman. Seminar Projek Integrasi Tamanan Sawit dengan Ruminan. Kementerian Pertanian, Lumut, Perak. 23-25 Oktober 2002.
    17. Rosli Awaludin & Shariffhudin Hj. Masurni. 2003. Systematic beef cattle integration in oil palm plantation with emphasis on the utilization of undergrowth. Lokakarya Sistem Integrasi Kelapa Sawit-Sapi, p.23-35.
    18. RSPO. 2009. RSPO principles and criteria for sustainable palm oil production. Guidance on scheme holders: prepared by the task force of smallholder. http://www.rspo. org/files/project/smallholders/Final%20RSPO%20Guidance%20on% 20Scheme%20 Smallholders%20as%20approved.pdf. Online: 1 April 2016.
    19. Schoongwe, K., Mapemba, L., Tembo, G. & Ng Ong Ola, D. 2014. The determinants and extent of crop diversification among smallholder farmers: a case study of Southern Province Zambia. Journal of Agricultural Science, 6(11).
    20. Singh, N.P. Kumar, R. & Singh, R.P. 2006. Diversification of Indian Agriculture: composition, determinants and trade implications. Agricultural Economics Research Review, 19, 23-36.
    21. Wijono, D.B. Lukamn Affandly & Ainur Rasyid. 2003. Integrasi ternak dengan perkebunan kelapa sawit. Loka penelitian sapi potong. Lokakarya Sistem Integrasi Kelapa Sawit-Sapi. http://kalteng.litbang.pertanian.go. id/ind/pdf/all-pdf/peternakan/fullteks/loka karya/probklu03-15.pdf. Online: 25 April 2016.
    22. Wilkins, R.J. 2008. Eco-efficient approaches to land management: a case for increased integration of crop and animal production systems. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/ articles/PMC2610167/..Online: 5 May 2016.