Pengamalan Akhlak Guru Pendidikan Islam Mempengaruhi Pengamalan Akhlak Pelajar: Kajian Di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Marang, Terengganu
List of Authors
  • Syafiqah Solehah Ahmad

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Sejak dulu lagi, wujud permasalahan berkaitan tingkah laku pelajar di sekolah dan ia semakin meningkat. Perkara ini tidak dinafikan memberi impak negatif kepada profesion Perguruan khususnya Guru Pendidikan Islam. Sehubungan itu, satu kajian berkaitan Tingkah Laku Guru Pendidikan Islam (GPI) dan tingkah laku pelajar telah dijalankan.  Seramai 350 orang pelajar tingkatan empat daripada 7 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Daerah Marang, Terengganu dipilih secara rawak untuk menjadi responden kajian. Alat kajian menggunakan  soal selidik yang berbentuk tertutup (close ended) yang ditujukan kepada para pelajar.  Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Version 16.0 untuk memperoleh nilai kekerapan, peratus, serta hubungan di antara pemboleh ubah dengan menggunakan ujian kolerasi.  Dapatan kajian menunjukkan hubungan signifikan antara tingkah laku guru dan tingkah laku pelajar. Hubungan ini adalah pada nilai r = 0.366. Walaupun hubungan yang wujud adalah lemah namun hubungan yang ada ini menunjukkan bahawa tingkah laku  Guru Pendidikan Islam turut mempunyai hubungan dan berkesan dalam mempengaruhi tingkah laku pelajar sama ada secara langsung atau tidak langsung.


Reference
  • No Data Recorded