Keberkesanan Penggunaan Kaedah Peta I-Think Dalam Kalangan Guru Senior Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Di Daerah Seremban
List of Authors
  • Zarina Abu Baker

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Penggunaan Peta I-Think merupakan satu teknik pembelajaran abad ke-21 yang memberi keberkesanan dalam PdPc. Dalam usaha untuk melahirkan murid yang lebih berketerampilan dalam berbahasa dan mempunyai KBAT dalam sistem pendidikan pada alaf ini, komitmen dan tanggungjawab para pendidik amat perlu, agar para pendidik dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Menurut kajian lepas, pemahaman guru berkaitan konsep KBAT sangat mempengaruhi keberkesanan pembelajaran murid. Kejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran tidak akan menjadi kenyataan sekiranya pengajaran seseorang guru masih menggunakan kaedah tradisional dan tidak mengambil kira aspek kemahiran berfikir pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui Keberkesanan Penggunaan Kaedah Peta I-Think Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan di Daerah Seremban.Kajian ini berdasarkan Teori Konstruktivisme kerana bersesuaian dengan kajian iaitu satu pendekatan pengajaran berdasarkan bagaimana seseorang manusia mengajar. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mengutip data dengan mengemukakan soalan temu bual. Temu bual ini melibatkan tiga orang guru senior perempuan di daerah Seremban, Negeri Sembilan yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di 3 buah sekolah berbeza yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan. Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan, penggunaan Peta I-Think diterima baik oleh guru di sekolah. Guru bersetuju bahawa penggunaan Peta I-Think dapat membawa perubahan emosi yang lebih seronok dan positif dalam diri murid. Murid juga lebih aktif dan memberi tumpuan semasa PdPc dijalankan.Murid mengambil bahagian dengan seronok dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Oleh itu, Peta I-Think amat berguna dan baik diaplikasikan oleh para pendidik yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, tidak kira guru novis mahupun guru senior. Peta I-Think dapat meningkatkan pemahaman murid, mengorganisasi pemikiran dan dapat mencetuskan idea yang baharu dan bernas.


Reference
  • No Data Recorded