Industri Halal Global Di Pelabuhan Bebas Cukai Hainan (Hainan FTP), China: Peranan Malaysia Sebagai Pemain Utama Dan Potensi Kerjasama Antarabangsa
List of Authors
Arman Ahmad, Layla Ahmed Salem Al Mashjari, Mohd Faizal Yusof, Ridzuan Masri, Shuhaimi Mohd Sauh, Wan Amira Wan Ahmad
Keyword
ACFTA, Halal, Logistik, Pelancongan, Hainan FTP, Blok Ekonomi
Abstract
Kertas konsep ini akan membincang idea dan peranan yang boleh dimainkan secara bersama oleh Malaysia untuk memajukan Hainan FTP yang dirancang menjadi Pelabuhan Bebas Cukai terbesar di dunia di bawah kerangka inisiatif Belt and Road (BRI). Melalui idea penubuhan Halal Hub yang berpusat di Hainan FTP dan juga potensi mewujudkan Halal Industrial Park (Taman Industri Halal) di Pulau Hainan, ianya dijangka memberi rantaian impak yang sangat positif kepada pembangunan Pulau Hainan secara khusus dan negara China amnya termasuk lain-lain negara yang berada di dalam jajaran BRI dan blok ekonomi yang lain seperti ASEAN, OIC dan BRICS. Idea penubuhan Hub Halal juga akan memberi impak kepada pengwujudan sektor pelancongan yang baru dan unik kepada Hainan yang mensasarkan pengguna dan pelancong Muslim dari seluruh dunia. Kertas konsep ini juga membentangkan kepakaran Malaysia sebagai pemimpin dunia dalam industri berasaskan Halal dan patuh Syariah dan bagaimana ianya boleh dimanfaatkan secara bersama untuk kepentingan strategik dua-hala dari aspek ekonomi, sosial dan budaya dalam jangka masa panjang.