Peranan dan pengaruh pemimpin pendapat dalam menggalakkan masyarakat kampung terlibat dalam aktiviti koperasi: kajian kes di Kampung Hulu Chuchoh, Sepang
List of Authors
  • Siti Hajar Ibrahim , Suhana Saad

Keyword
  • Peranan, pengaruh, pemimpin pendapat, koperasi, ciri-ciri

Abstract
  • Konsep pemimpin pendapat telah lama menjadi subjek kajian dalam pelbagai bidang, termasuk tingkahlaku pengguna, psikologi sosial, komunikasi, pemasaran, dan sosiologi. Kebanyakan kajian ini mencuba untuk mengasingkan ciri-ciri aktiviti sosial, sikap umum, demografi dan gaya hidup untuk lebih memahami siapakah yang digelar pemimpin pendapat dan bagaimana ia mempengaruhi orang lain dalam masyarakat. Kajian yang dilakukan di Kampung Hulu Chucoh, Sepang ini melihat sejauhmanakah peranan dan pengaruh pemimpin pendapat dalam menggalakkan masyarakat kampung untuk terlibat dalam aktiviti koperasi selain mengenalpasti ciri-ciri tertentu yang ada pada pemimpin pendapat tersebut. Kajian yang bersifat kualitatif ini telah dilaksanakan dengan menemubual secara mendalam individu yang dikenalpasti memenuhi ciri-ciri seorang pemimpin pendapat dalam bidang koperasi. Hasil kajian ini mendapati bahawa pemimpin pendapat di kawasan kajian mempunyai ciri-ciri tertentu seorang pemimpin pendapat yang baik kerana beliau adalah seorang yang berpersonaliti menarik, social attributors, mempunyai latar belakang demografi yang baik selain menjadi seorang opinion seeker yang cekap dalam bidang koperasi. Peranan yang dimainkan oleh beliau juga mempunyai impak yang besar ke atas pembangunan koperasi di Kampung Hulu Chuchoh yang disebarkan menggunakan komunikasi secara lisan dan bukan lisan. Kajian ini akan dapat membantu Kementerian dan Agensi berkaitan khususnya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam merangsang pembangunan koperasi dan menggalakkan penyertaan komuniti luar bandar melalui peranan pemimpin pendapat.

Reference
  • 1. Abu Hassan Hasbullah. 2008. Kuasa Media Baru Menggempur Perubahan Bentuk dan Kandungan Ekoposial di Asia Tenggara—Satu Pembacaan Future Studies. Jurnal Pengajian Media Malaysia: 47-73.
    2. Bansal H.S. & Voyer, P.A. 2000. Word-of-mouth processes within a services purchase decision context. Journal of Service Research 3(2): 166 – 177.
    3. Bertocci, D.I. (2009). Leadership and Power, Leadership in Organizations: There is A Difference Between Leaders and Managers. Plymouth: University Press of America.
    4. Berita Harian. 24 November 2014. 18 juta pengguna media sosial aktif di Malaysia. http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/18-juta-pengguna-media-sosial-aktif-di-malaysia-1.590480 [31 Mei 2017].
    5. Corey, L. G. 1971. People who claimed to be opinion leaders: Identifying their characteristics by self-report. The Journal of Marketing. 35 (4):48-53.
    6. Engel, J. F., Blackwell, B. D., & Kollat, D. T. 1978. Consumer Behavior. Edisi ke-3. Hinsdale, Illinois: The Dryden Press.
    7. Fuziah Kartini Hassan Basri. 2001. Proses difusi dan teknologi maklumat dan komunikasi. Jurnal Komunikasi 17: 21-42.
    8. Gilly, M.C., Graham, J.L., Wolfinbarger, M.F. & Yale, L.J. 1998. A dyadic study of interpersonal information search. Journal of the Academy of Marketing Science 26: 83-100.
    9. Gledis Jeinlef Manopo. 2013. Peranan opinion leader dalam meningkatkan partisipasi masyarakat untuk menunjang program bersih eceh gondok danau Tondano. Journal “Acta Diurna” I(I)
    10. Katz, E. 1957. The two-step flow of communication: An up-to-date report on a hypothesis. Public Opinion Quarterly 21: 61-78.
    11. Katz, E. & Lazarsfeld, P.F. 1955. Personal Influence: The Part Played by People in the Flow of Mass Communications. New York: The Free Press.
    12. Kelly, J. A. 2004) Popular opinion leaders and HIV prevention peer education: Resolving discrepant findings, and implications for the development of effective community programmes. AIDS Care 17: 139-150.
    13. Kings, C.W. & Summers, J.O. 1970. Overlap of opinion leadership across consumer product categories. Journal of Marketing Research 7:43-50.
    14. Littlejohn, S. W., & Foss, K. A. 2011. Theories of Human Communication. Edisi ke-10. Long Grove IL: Waveland Press.
    15. Maizatul Haizan Mahbob & Noor Afzaliza Nazira Ibrahim. 2017. Kecerdasan Emosi, Komunikasi Non-Verbal dan Keterampilan Peribadi Para Pekerja dalam Konteks Komunikasi Keorganisasian. Malaysian Journal of Communication. Jilid 33(1) : 368-382.
    16. Manopo, Gledis Jeinlef. 2013. Peranan Opinion Leader Dalam Meningkatkan Partisipasi Masyarakat Untuk Menunjang Program Bersih Eceng Gondok Danau Tondano. Journal Acta Jurnal https://www.ejournal.unsrat.ac.id/index.php/actadiurna/article/ download/ 963/ 785 [29 Mei 2017].
    17. M.C. Gilly, J.L. Graham, M.F. Wolfinbarger, and L.J. Yale (1998) A Dyadic Study of Interpersonal Information Search. Journal of the Academy of Marketing Science, 26, 83-100.
    18. McQuail, D. and Windahl, S. 1993. Communication Models for the Study of Mass Communications. Ed. Ke-2. London: Longman.
    19. Midgley, David F. 2015. Innovation and New Product Marketing. Routledge. New York.
    20. Mohd Azuhari Che Mat & Jalaluddin Abdul Malek. 2016. Model pembangunan neo-endogenous luar bandar dan faktor sokongan koperasi: Kajian kes program desa lestari di Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space 12 (1): 75 – 84.
    21. Nisbet, M.C. & Kotcher, J.E. 2009. A Two-Step Flow of Influence? Opinion-Leader Campaigns on Climate Change. Science Communication 30(3): 328-354.
    22. Lazarsfeld, P.L., Berelson, B. & Gaudet, H. 1944. The people's choice: how the voter makes up his mind in a presidential campaign, Columbia University Press.
    23. P. Fitzgerald Bone (1995) Word-of-mouth effects on short-term and long-term product judgments. Journal of Business Research 32: 213-23.
    24. Rogers, E.M. 1995. Diffusion of Innovations. Edisi ke-4. New York: Free Press.
    25. Rogers, E.M. & Storey, J.D. 1987. Communication campaigns. Handbook of Communication Science. Newbury Park, CA: Sage.
    26. Rogers, E. M. & Shoemaker, F. 1971. Communication of Innovation: A Cross-Cultural Approach. New York: The Free Press.
    27. Rogers, E. M. 2003. Diffusion of Innovations. New York: The Free Press.
    28. Siti Rohana Salleh & Ahmad Ariffian Bujang. 2008. Sustaining Housing Market: Involvement of Co-Operative in Solving Housing Problems for Low And Medium Income Groups. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
    29. Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 2017. Akta Koperasi 1993(Akta 502). Suruhanjaya Koperasi Malaysia. http://www.skm.gov.my/index.php/my/akta-koperasi-1993-akta-502
    30. [25 Mei 2017].
    31. Von Wangenheim, F. & Bayon, T. 2004. The effect of word of mouth on service switching. European Journal of Marketing 38 (9/10): 1173-85.
    32. Weimann, G. 1994. The influentials. People who influence people. Albany: State University of New York Press.