Faktor ketidaksediaan guru terhadap pelaksanaan kelas bercampur aras murid
List of Authors
  • Mohd Izani Hashim , Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad

Keyword
  • Faktor ketidaksediaan pelaksanaan kelas bercampur, pengetahuan dan latihan, sikap

Abstract
  • Sistem pendidikan bersifat dinamik dan sentiasa mengalami perubahan dari tahun ke tahun. Namun perubahan sistem pendidikan dari segi dasar dan pelaksanaan tidak mendapat persetujuan dan kerelaan kepada anggota pelaksana seperti guru. Seperti mana pelaksanaan kelas bercampur mendapat pertentangan daripada guru-guru yang tidak bersetuju dengan dasar ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor ketidaksediaan guru terhadap pelaksanaan kelas bercampur aras pencapaian akademik murid. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk melihat faktor dari segi pengetahuan guru terhadap pelaksanaan dasar ini, latihan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah kepada guru dan sikap guru terhadap pelaksanaan kelas bercampur. Kajian ini melibatkan 2 orang peserta yang merupakan guru Bahasa Melayu dan Guru Bahasa Inggeris yang sedang berkhidmat di sebuah sekolah daerah Mersing. Data diperoleh melalui kaedah temu bual dianalisis berdasarkan analisis mengikut tematik mengikut 3 tema iaitu pengetahuan, latihan dan sikap. Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa tema pengetahuan tidak memainkan peranan utama ketidaksediaan guru-guru terhadap pelaksanaan kelas bercampur ini, manakala tema latihan dilihat menjadi faktor utama seterusnya tema sikap juga merupakan faktor yang kuat terhadap ketidaksediaan ini. Oleh itu, pengkaji berharap dapatan daripada kajian ini boleh membuka minda semua pihak untuk meneruskan kelestarian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia agar setiap dasar dan perubahan yang digubal dapat dijalankan dan diterima oleh semua guru di Malaysia.

Reference
  • 1. Al Faizal Abdul Karim (2018). Tingkat Keyakinan Pelajar Corothttp://m.utusan.com.my/rencana/utama/tingkat-keyakinan-pelajar-corot-1.602109

    2. Baker, S. E., & Edward, R. (2012). How many qualitative interviews is enough? National centre for research methods review paper, 1-42. http://doi.org/10.1177/1525822X05279903

    3. Bogdan & Bicklen (2003). Qualitative research for education: An introduction to theory and method. Boston: Allyn & Bacon

    4. Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology ( Vol. 3). Qualitative Research in Psychology. http://doi.org/10.1191/1478088706qp063oa

    5. Cohen, D. & Crantree, B. (2006). Qualitative research guidelines project.

    6. Smith, E. (2007). The daily mail. London, England.

    7. Fraenkel, J. & Wallen, N. (1996). How to design and evaluate research. USA: Mc Fraw-Hill Inc.

    8. Inc., A. (2008). Apple Classroom of Tomorrow- Today.

    9. Jasmi (2012). Kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif.

    10. Knox, S. (2009). Qualitative research interview. Phychotherapy research, 19(14-5), 566- 575.

    11. KPM (2017). Kit pembelajaran abad ke-21: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    12. Mansor, A. N., Maniam, P.P, Hunt, M.C., & Nor, M. Y. M. (2016). Benefits anddisadvantages of streaming practices to accommodate students by ability. Creative Education, 7, 2547-2558.

    13. Monica Matavire, Vongai Mpofu & Alois Maveneka (2013). Streaming Practices andImplications in the Education System. Journal of Social Science for Policy Implication. pp 60-70.

    14. Muhamad Muda. (2003). Apa Itu Kajian Kes? Kertas Kerja. Dibentangkan di Bengkel Penyelidikan dan Penulisan Kes Siri I. Universiti Sains Islam Malaysia.

    15. Piaw, C.Y. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Malaysia: Mc Graw Hill Sdn Bhd.

    16. Sahin, M.C.(2009). Instructional design principles for 21st century learning skills. Procedia – social and behavioral sciences, 1(1), 1464-1468.

    17. Suresh Kumar (2018). Kelas campur rangsang persekitaran pembelajaran positif. Majalah Pendidik.

    18. Surjit Singh & Osman Md. Zain. t.th. (2017). The Case Method And Types Of Cases. Artikel.

    19. Zakiah Jusoh & Najihah Abd Wahid (2017). Class streaming and implications for students in primary school. International Journal of Academic Research in Business and Sosial Sciences.http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tiada-lagi-pengasingan-kelas- pada-2019-1.581194