Hubungan antara kualiti tidur dengan prestasi akademik pelajar
List of Authors
  • Normala Ismail

Keyword
  • Kualiti Tidur, Prestasi Akademik, Pelajar

Abstract
  • Tidur merupakan salah satu daripada nikmat kehidupan. Kualiti tidur adalah penting kerana ia berkait dengan fungsi dan kesihatan minda seseorang pelajar. Terdapat beberapa kajian lepas yang menunjukkan kepentingan kualiti tidur terhadap prestasi akademik dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara kualiti tidur dengan prestasi akademik dalam kalangan pelajar peringkat Diploma di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sejumlah 118 pelajar dari dua fakulti di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah dijadikan responden dan menjawab borang soal selidik mengenai hubungan antara kualiti tidur mereka menggunakan Indeks Kualiti Tidur Pittsburgh (PSQI) dengan prestasi akademik mereka yang diukur melalui Himpunan Purata Gred Keseluruhan (HPGK) yang diperoleh. Kajian ini dilakukan pada pertengahan semester untuk mengawal faktor stres daripada mempengaruhi kualiti tidur pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kualiti tidur dengan faktor demografi pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kualiti tidur dan disfungsi siang hari dengan prestasi akademik dalam kalangan pelajar. Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara corak tidur dengan prestasi akademik dalam kalangan pelajar. Adalah diharapkan agar dapatan kajian ini dapat meningkatkan kefahaman pelbagai pihak akan kepentingan hubungan antara kualiti tidur dengan prestasi akademik yang diperoleh oleh pelajar agar prestasi akademik dalam kalangan mereka dapat ditingkatkan.

Reference
  • 1. Ahrberg, K., Dresler, M., Niedermaier, S., Steiger A., & Genzel, L. (2012). The Interaction between Sleep Quality and Academic Performance. Journal of Psychiatric Research, 46(12) 1618-1622. 2. Alotaibi, A. D., Alosaimi, F. M., Alajlan, A. A., & Abdulrahman, K. A. B. (2020). The Relationship between Sleep Quality, Stress, and Academic Performance Among Medical Students. Journal of Family & Community Medicine, 27(1), 23. 3. Alsofyani, M. A., Almalki, A. A., Alqarni, A. B., & Alzahrani, N. J. (2018). The interaction between sleep quality and academic performance among the medical students in Taif University. The Egyptian Journal od Hospital Medicine, 70(12), 2202-2208. 4. Aminuddin, M. (2020). Hubungan antara Kualitas Tidur dengan Prestasi Belajar Mahasiswa Akademi Keperawatan Pemprov Kaltim Samarinda. Jurnal Kesehatan Pasak Bumi Kalimantan, 1(1), 51-71. 5. Al-Zahrani, J. M., Aldossari, K. K., Abdulmajeed, I., Al-Ghamdi, S. H., Al-Shamrani A. M., & Al-Qahtani N. S. (2016). Daytime Sleepiness and Academic Performance Among Medical Students. Health Science Journal, 10(3), 1. 6. Balan, R., & Soon Singh, B. S., Mohammad Rahim, K., Azizi, Y., Mohd Azrin, M. N., Fauziah, I. & Zaizul, R. (2021). Smartphone Addiction and Sleep Quality on Academic Performance of University Students: An Exploratory Research. International Journal of Environmental Research and Public Health, 1-12. Diakses daripada: http://dx.doi.org/10.3390/ijerph18168291 7. Brown, F. C., Buboltz Jr. W. C., & Soper, B. (2002). Relationship of Sleep Hygiene Awareness, Sleep Hygiene Practices, and Sleep Quality in University Students. Behavioral Medicine, 28(1), 33-38. 8. Buysse, D. J., Reynolds III, C. F., Monk, T. H., Berman, S. R., & Kupfer, D. J. (1989). The Pittsburgh Sleep Quality Index: A New Instrument for Psychiatric Practice and Research. Psychiatry Research, 28(2), 193-213. 9. Casagrande, M., Forte, G., Tambelli, R., & Favieri, F. (2021). The Coronavirus Pandemic: A Possible Model of the Direct and Indirect Impact of the Pandemic on Sleep Quality in Italians. Nature and Science of Sleep, 13, 191. 10. Chepesiuk, R. (2009). Missing the Dark: Health Effects of Light Pollution. Environmental Health Perspectives, 117(1), A20-A27. Retrieved from https://doi.org/10.1289/ehp.117-a20 11. Curcio, G., Ferrara, M., & De Gennaro, L. (2016). Sleep Loss, Learning Capacity and Academic Performance. Sleep Medicine Reviews, 10(5), 323-337. 12. Fazio, N. M. & Palm, L. J. (1998). Attributional Style, Depression and Grade Point Average of College Students. Psychological Reports, 83(1), 159-162. 13. Guyton, A. C. & Hall, J. E. (2006). Textbook of Medical Physiology. 11th. edition. Elsevier Saunders, Philadelphia. 14. Hair, J. F., Anderson, R. E., Tatham, R.L. & Black, W. C. (1992). Multivariate Analysis of Variance. Multivariate Data Analysis, 326-386. Diakses daripada: https://www.scirp.org/reference/referencespapers?referenceid=3297740 15. Hawkins, J. & Shaw, P. (1992). Self-Reported Sleep Quality in College Students: A Repeated Measures Approach. Sleep, 15(6), 545-549. 16. Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610. 17. Lai, P. P. & Say, Y. H. (2013). Associated Factors of Sleep Quality and Behavior Among Students of Two Tertiary Institutions in Northern Malaysia. The Medical Journal of Malaysia, 68(3), 195-203. 18. Medeiros, A. L., Mendes, D. B., Lima, P. F., & Araujo, J. F. (2001). The Relationships between Sleep-Wake Cycle and Academic Performance in Medical Students. Biological Rhythm Research, 32(2), 263-270. 19. Mohamad Najib, A. G. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. 20. Mushtaq, L. & Khan, S. N. (2012). Factors Affecting Students’ Academic Performance. Global Journal of Management and Business Research, 12(9). 21. Nahiyah, M., Ismarulyusda I., Syarif, H. L., Zakiah, M. N., Baharudin, O. & Fadzil, M. H. (2011). Sleeping Hours and Academic Achievements: A Study Among Biomedical Science Students. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 18, 617-621. 22. Nurismadiana, I. & Lee, K. (2018). Factors Associated with Sleep Quality among Undergraduate Students at a Malaysian Public University. International Journal of Public Health and Clinical Sciences, 5(6), 373-391. Diakses daripada: https://doi.org/10.32827/ijphcs.5.6.332 23. Nurul Husna M. N. & Abdul Rahim, Z. (2015). Stres dalam Kalangan Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Islam di Malaysia. Retrived from https://www.researchgate.net/publication/310812883_Stres_dalam_kalangan_Mahasiswa_Institusi_Pengajian_Tinggi_Islam_di_Malaysia 24. Pilcher, J. J. & Huffcutt, A. I. (1996). Effects of sleep deprivation on performance: A Meta-Analysis. Sleep, 19(4), 318-326. Retrieved from https://doi.org/10.1093/sleep/19.4.318 25. Pilcher, J. J., Ginter, D. R. & Sadowsky, B. (1997). Sleep Quality Versus Sleep Quantity: Relationships between Sleep and Measures of Health, Well-Being and Sleepiness in College Students. Journal of Psychosomatic Research, 42(6), 583-596. 26. Potter, P. A. & Perry, A. G. (2005). Buku Ajar Fundamental Keperawatan: Konsep, Proses, dan Praktik. Ed. 4, Vol. 1, Alih Bahasa, Asih, Y., dkk. EGC, Jakarta. 27. Potter, P. A., Perry, A. G., Hall, A., & Stockert, P. A. (2017). Fundamentals of Nursing. 9th. edition. St. Louis, Mo.: Mosby Elsevier. 28. Safaringga, E. & Herpandika, R. P. (2018). Hubungan antara Kebugaran Jasmani dengan Kualitas Tidur. Sportif, 4(2), 235-247. 29. Schroeder, J. (2019, Oktober, 15). Tabiat Tidur ini akan Menuju Tahap Lebih Baik, Hasil Kajian MIT. The University Network. Diakses daripada: https://ms.tun.com/blog/kebiasaan-tidur-ini-akan-membawa-kepada-penilaian-yang-lebih-baik-dengan-penemuan-kajian/ 30. Shim, E. J., Noh. H. L., Yoon, J., Mun, H. S., & Hahm, B. J. (2019). A Longitudinal Analysis of the Relationships among Daytime Dysfunction, Fatigue, and Depression in College Students. Journal of American College Health, 67(1), 51-58. 31. Syanum, S. & Bigatti, S. M. (2006). The Influences of Course Effort and Outside Activities on Grades in a College Course. Journal of College Student Development, 47(5), 546-576. 32. Zailinawati, A. H., Teng, C. L., Chung, Y. C., Teow, T. L., Lee, P. N., & Jagmohni, K. S. (2009). Daytime Sleepiness and Sleep Quality among Malaysian Medical Students. The Medical Journal of Malaysia, 64(2), 108-110. 33. Zainuddun, I. (2018, Januari 28). Apabila Media Sosial ‘Menguasai’ Tidur. Berita Harian Online. Diakses daripada: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/01/381516/apabila-media-sosial-menguasai-tidur#google_vignette