Analisis keberkesanan subjek hubungan etnik sebagai pencetus literasi politik: kajian ke atas mahasiswa UniKL MIIT
List of Authors
  • Siti Shariyah Shaari

Keyword
  • Literasi Politik, mahasiswa IPT, hubungan etnik, analisis keberkesanan, pendidikan politik

Abstract
  • Literasi Politik merupakan suatu petanda aras kepada keharmonian dan perpaduan di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Ini kerana puncak kepada integrasi rakyat adalah mempunyai kefahaman yang jitu dalam ilmu berbentuk politik sebelum menyertai lapangan politik seperti penglibatan dalam pilihan raya atau pernyertaan aktiviti dalam parti secara sukarela. Pada peringkat institusi pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewajibkan subjek Sivik dan Kenegaraan, Pengajian Malaysia dan Hubungan Etnik sebagai usaha bagi memastikan rakyat mendapat pendidikan politik yang sempurna. Oleh yang demikian, kajian ini akan menilai tahap literasi politik dalam kalangan pelajar Universiti Kuala Lumpur (Malaysian Institute of Information Technology) antara tahun 2014 hingga 2016 menerusi subjek Hubungan Etnik. Objektif kajian ini adalah (1) menentukan perbandingan antara setiap penilaian bagi keberkesanan pengajaran subjek (Course Learning Outcome) (2) menentukan perbandingan pencapaian antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan bagi setiap keadah (3) menilai tahap literasi politik pelajar UniKL MIIT secara keseluruhan. Markah penilaian seramai 278 pelajar dianalisis menerusi perisian IBM SPSS statistic. Hasil kajian menunjukkan bahawa peratusan markah peperiksaan akhir bagi subjek ini perlu di beri penekanan secara khusus, terdapat keseragaman bagi markah pelajar lelaki dan perempuan dan penyampaian subjek ini perlu ditukar kepada metod yang lebih efektif bagi memastikan kecemerlangan subjek.

Reference
  • 1. Carol A. Cassel & Celia C. Lo, (1997) Theories of Political Literacy: Political Behavior. USA: Springer. P, 19.
    2. Indeks Belia Malaysia (2015) Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).
    3. Robiah Sidin & Zahara Aziz (1992) Pendidikan Sivik sejak merdeka – Satu penilaian. Jaffar dan Hazami Habib. Isu-isu Dalam Pendidikan Sivik. Kuala Lumpur \: Institut Kajian Dasar.
    4. Robiah Sidin (1992) Tujuan dan Haluan Pendidikan Dalam Abad ke-21. Bangi: Penerbit UKM.
    5. Sinar Harian (2012) Hubungan Etnik perlu dijadikan subjek wajib di sekolah. Di ambil dari http://www.sinarharian.com.my/rencana/hubungan-etnik-perlu-dijadikan-subjek-wajib-di-sekolah-1.89188.
    6. Tristan McCowan (2006) Approaching the Political in Citizenship Eduucation: The Perspectives of Paulo Friere and Benard Crick. Educate. 6(1) 2006: 57-70. Di ambil dari http://www.educatejournal.org/.