Penggunaan Modul ADDIE Dalam Merekabentuk Perisian Khusus Pemikiran Algebra Bagi Matematik Tahun 4
List of Authors
  • Susila Devi Chelliah

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Matematik sentiasa menjadi salah satu mata pelajaran teras dalam sukatan pelajaran sekolah di seluruh dunia. Menurut PISA 2012 (Abdullah, 2012) Algebra adalah salah satu tajuk yang menjadi asas kepada pengajaran matematik bagi negara-negara maju seperti Singapura, China, Korea dan Finland. Rasional kajian ini memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun 4 dalam bidang Algebra tentang pemahaman pembolehubah, ungkapan dan persamaan. Perisian Pemikiran Algebra digunakan sebagai alat bantu pengajaran bagi memudahkan pembelajaran dan pengajaran. Penyelidikan ini melibatkan pemahaman dan penguasaan pemikiran Algebra dalam bidang Algebra bagi mata pelajaran matematik Tahun 4. Objektif kajian pertama ialah merekabentuk dan menghasilkan perisian multimedia interaktif dengan menggunakan model ADDIE (Analyze, Design, Develop, Implement, and Evaluate). Objektif kedua pula, mengkaji kesan perisian pemikiran multimedia interaktif dengan menggunakan rangka kerja Kieran (2016) dalam membantu meningkatkan pemikiran Algebra dalam kalangan murid-murid Tahun 4. Reka bentuk kuasi-eksperimen digunakan ke atas kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kajian ini melibatkan murid-murid Tahun 4 dari Sekolah SJKT Menglembu dan Sekolah SJKT Desa Pinji sebanyak 84 sebagai sampel kajian. Dapatan kajian akhir intervensi jelas menunjukkan peningkatan dalam tahap pemikiran Algebra. Pencapaian dalam ujian pra adalah 6.76 (SD:2.750) bagi kumpulan rawatan manakala min purata bagi ujian pasca meningkat kepada 14.69 (SD:2.694) bagi kumpulan rawatan. Kajian terhadap pemikiran Algebra perlu dilanjutkan dengan melibatkan sampel yang lebih besar dan memastikan kajian seperti ini boleh digunakan melalui media teknologi maklumat bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran matematik di peringkat sekolah rendah.


Reference
  • No Data Recorded