Kecerdasan Pelbagai Dalam Kalangan Pelajar IPTA Berdasarkan Jantina
List of Authors
  • Siti Kausar Zakaria

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian bertujuan untuk melihat purata dan perbezaan profil kecerdasan pelbagai pelajar Ijazah Sarjana Muda di sebuah fakulti di IPT tempatan berdasarkan jantina. Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner (1983, 1992) telah digunakan. Kajian menggunakan kaedah tinjauan secara kuantitatif menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Ujian rintis yang dijalankan menunjukkan soal selidik yang dibina dan diubahsuai daripada instrumen terdahulu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Sampel kajian terdiri daripada 346 orang pelajar yang dipilih secara rawak berstrata daripada kumpulan jantina. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk melihat min profil responden, manakala statistik inferensi iaitu MANOVA digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Penganalisisan data menggunakan perisian SPSS versi 17.0. Secara keseluruhannya analisis deskriptif min menunjukkan pelajar lelaki lebih tinggi dalam logik matematik, interpersonal, intrapersonal, visual ruang, kinestetik badan, muzik dan naturalis berbanding pelajar perempuan. Sementara pelajar perempuan lebih tinggi dalam verbal linguistik dan rohani berbanding pelajar lelaki. Analisis MANOVA pula mendapati terdapat perbezaan yang signifikan kecerdasan pelbagai merentas jantina sekaligus menolak nul hipotesis kajian. Kajian merumuskan jantina mempunyai implikasi yang penting kepada kecenderungan pelajar dalam kecenderungan memilih gaya pembelajaran tertentu. Pelajar lelaki lebih cerdas daripada pelajar perempuan dalam kebanyakan aspek kecerdasan pelbagai. Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang menumpukan kepada satu-satu kecerdasan menyebabkan potensi, bakat dan kemahiran pelajar merentas jantina sukar dikembangkan sepenuhnya.


Reference
  • No Data Recorded