Penanaman anggur dan pengaruh keatas kesejahteraan hidup masyarakat di Sik, Kedah
List of Authors
  • Mohamad Afendi, A.R. , Rosniza Aznie Che Rose

Keyword
  • Kesejahteraan, tanaman anggur, geografi pelancongan, penduduk, korelasi, pekerja lading, landskap penduduk

Abstract
  • Penanaman anggur di Tasik Beris, Sik, Kedah telah memberi kesan terhadap kesejahteraan hidup penduduk terutamanya kesan ke atas pelancongan dan juga kesan dalam kemudahan prasarana terhadap masyarakat setempat. Aktiviti ini telah membawa perubahan yang begitu banyak ke atas penduduk tempatan iaitu dari segi adanya kemudahan asas dan kemudahan infrastruktur dan juga memberi faedah kepada penduduk setempat dari segi perubahan taraf kehidupan. Oleh itu, kajian ini penting untuk mengembangkan ilmu pengetahuan terutama yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur akibat penanaman anggur yang memberi kesejahteraan kepada masyarakat setempat dan juga mengenal pasti masalah yang timbul seterusnya memberikan cadangan yang sesuai untuk pihak berwajib menangani masalah tersebut. Kajian kuantitatif ini melibatkan jumlah responden sebanyak 90 orang yang melibatkan lima buah perkampungan penduduk dengan mengunakan instrumen borang soal selidik. Seterusnya hasil kutipan soal selidik dianalisis menggunakan kaedah korelasi dan analisis deskriptif. Hasil kajian mendapati aktiviti penanaman ladang anggur tersebut telah mengubah landskap penduduk tempatan ke arah kesejahteran hidup yang lebih baik dengan wujudnya pertambahan peluang pekerjaan yang pelbagai kepada penduduk setempat, pertambahan infrastruktur yang lebih efisien, kemudahan jaringan komunikasi yang lebih baik, peningkatan akses jalan raya ke bandar-bandar besar dan juga pelbagai kemudahan yang diterima oleh penduduk sekitar kawasan kajian. Namun kesan negatif yang timbul akibat arus pembangunan dikawasan kajian haruslah ditangani dengan segera.

Reference
  • 1. Allen T. G, Gabe T. M. dan McConnon J. C. 2006. The Economic Contribution of Agri-Tourism To The Maine Economy. Orono: Department of Resource Economics and Policy, University of Maine.
    2. Byrd E. T, Canziani B, Hsieh J dan Debbage K. 2012. Study of Visitors to North Carolina. North Carolina: University of North Carolina Greensboro.
    3. Chek D, Veeck A dan Veeck G. 2005. Sustaining Production and Strengthening The Agritourism Product: Linkages Among Michigans Agritourism Destination. Agriculture and Human Values, Vol. 22: 225-234.
    4. Combrink T, Cothran C dan Bradford M. 2011. The Arizona Wine Tourism Industry. Arizona: The W. A. Franke College of Bussiness.
    5. Ingavale D. 2015. Agri-tourism: A Bussiness Model of Agritourism Development Corporation. Indian Journal of Research, Vol. 4 (1): 76-77.
    6. Marrison D, Winchell D dan Orndorf M. 2008. The Northeast Ohio Grape and Wine Economic Impact Study. Ohio: The Ohio State University.
    7. Ruttan VW dan Hayami Y. 1972. Strategies for Agricultural Development. Agrosearch.umn.edu[28 Dis 2015].
    8. Tuck B. dan Gartner W. 2013. Vineyards and Wineries in Michigan: A Status and Economic Contribution Report With Focus on Michigan Winegrapes. Minnesota: University of Minnesota.
    9. Tuck B. dan Gartner W. 2014. Economic Contribution: Vineyards and Wineries of The North. Minnesota: University of Minnesota.
    10. Tuck B. dan Gartner W. 2014. Vineyards and Wineries in Wisconsin: A Status and Economic Contribution Reports. Minnesota: University of Minnesota.
    11. Van Belle G & Millard S. P. 1998. STRUTS: Statistical Rules of Thumbs. Seattle: Universiti Of Washington. http//www.nrcse.washington.edu/research/struts/chapter 2.pdf [20 Mei 2015].
    12. Zunic L. 2011. The Impact of Agritourism On Sustainable Development of Bosnia and Herzegovina. Geographical Reviewed, (44-45): 109-120.