Efikasi kendiri guru prasekolah dalam mengajar Bahasa Inggeris
List of Authors
  • Faridah Yunus , Jennifer Laie Mulok

Keyword
  • Guru Prasekolah, Efikasi Kendiri, Pengajaran dan Pembelajaran

Abstract
  • Efikasi kendiri adalah tahap keyakinan pada kemampuan diri sendiri untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan terutama di dalam aktiviti pengajaran. Fokus utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri guru prasekolah dalam melaksanakan pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah. Oleh itu, seramai 200 orang guru prasekolah yang mengajar di 45 buah sekolah rendah di Bahagian Kapit telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Terdapat tiga aspek efikasi kendiri guru yang dikaji iaitu efikasi dalam aspek strategi pengajaran, aspek pengurusan bilik darjah dan aspek penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan nilai yang diperolehi adalah (min=6.96 dan sp=.726) bagi keseluruhan tahap efikasi guru prasekolah. Hal ini menggambarkan bahawa efikasi kendiri guru dalam aspek strategi pengajaran, pengurusan bilik darjah dan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran berada di tahap yang tinggi. Berdasarkan keputusan kajian iaitu mengenal pasti tahap perbezaan tahap efikasi guru prasekolah dalam mengajar Bahasa Inggeris dan faktor demografi dengan menggunakan dua kaedah analisis dalam menganalisis perbezaan ini iaitu ujian-t dan juga analisis varian sehala (ANOVA) telah menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan setiap faktor berikut dalam mempengaruhi tahap efikasi guru prasekolah dalam mengajar Bahasa Inggeris. Kesimpulannya, setiap guru perlu ada efikasi kendiri iaitu keyakinan dalam diri agar setiap apa yang dilaksanakan mendapat hasil yang sangat baik.

Reference
  • 1. Airasian, P. & Gay, L. R. 2013. Educational Research: competencies for Analysis and Applications (Seventh Edition). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.

    2. Awanis Binti Mohd, Ainunmadiah Binti Mohd Narawi & Dr Siti Noor Binti Ismail. 2016. Tahap Efikasi Guru dan Hubungannya Dengan Pencapaian Sekolah di Sekolah-Sekolah Menengah Dalam Daerah Bachok. Internasional Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia.

    3. Bandura, A. 1997. Self-Efficacy : The exercise of control. New York : Freeman.

    4. Bolling, C.J. 2008. ‘Reading Success In The Intervention Classroom’. NY:McGraw.

    5. Fadhilah bt Abtholuddin. 2013. Hubungan Antara Efikasi Kendiri dan Kemahiran Belajar Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan. Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

    6. Holdaway, D. 1982. Shared Book Experience : Teaching Reading Using Favorite Books. Theory into Practice, 21(4), 293-300. http://doi.org/10.1080/00405848209543021

    7. Mardhiah bt Johari & Rabiatul-Adawiah bt Ahmad Rashid. 2016. Hubungan Kualiti Penyeliaan Pengajaran Dengan Efikasi Kendiri Guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Julai 2016. Bil. 3. Isu 3.

    8. Masitah Hj. Mohd. Yusof, Azizi Makmom, Bahaman Abu Samah, Ramli Basri, Noriati A. Rashid & Mohamed. 2011. Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Efikasi Kendiri Guru Sekolah Menengah di Malaysia dalam Pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar. Malaysian Journal of Environmental Management 12 (2) (2011): 91 -111.

    9. Nur Nazuha Beevi Abdul Aziz & Nordin Mamat. 2017. Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik Efikasi Pengajaran Bahasa Inggeris dalam Kalangan Guru Prasekolah.

    10. Nur Nazuha Beevi Abdul Aziz & Nordin Mamat. 2017. Analisis Keperluan: Pembangunan Modul Efikasi Pengajaran Bahasa Inggeris Guru Prasekolah. Proceedings National Conference on Education Social Science, Engineering and Technology (NCESET 2017). Kedah : Assocciation of Malaysian Researchers & Social Services (AMRASS).

    11. Nurulakhma Yahya, Harun Baharudin & Mohd Isa Hamzah. 2018. Efikasi kendiri Guru Dalam Mengajar Bahasa Arab. Teacer’s Self Efficacy in Teaching English Language : Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education, Vol.2, No. 1 (2018), 10-17.

    12. Sidek Mohd. Noah. 2005. Pengujian dan Penilaian Kaunseling : Teori dan Aplikasi. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

    13. Sulaiman Ngah Razali. 1996. Analisis Data Dalam Penyelidikan Pendidikan : Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    14. Syed Kamarzuaman Syed Ali, Mohd Zaki Che Hassan & Julismah Jani. 2014. Efikasi Kendiri Guru Pendidikan Jasmani Terhadap Pelaksanaan Pengajaran Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Julai 2014, Bil. 2 Isu 3.

    15. Teh Pei Ling, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Soaib Asimirin dan Foo Say Fooi. 2015. The Validity and Realibility of Teacher Efficacy Revisited in Malaysia Secondary Schools. Journal of Studies in Education Vol. 5, No. 1 Selangor : University Putra Malaysia.

    16. Tschannen-Moran, M., & Woolfolk Hoy, A. 2001. Teacher efficacy : Capturing and elusive construct. Teaching and Teacher Education, 17, 783 – 805.

    17. Tschannen-Moran, M., Hoy, A.W., & Hoy, W.K. 1998. Teacher efficacy : Its meaning and Measure : Review of Educational Research, 68(2), 202 – 248.