Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan antara sokongan sosial dan daya tahan dalam kalangan guru prasekolah. Hipotesis dalam kajian ini adalah terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara sokongan sosial dan daya tahan dalam kalangan guru prasekolah. Kaedah kuantitatif telah digunakan untuk mencari hubungan di antara sokongan sosial (pemboleh ubah tidak bersandar) dan daya tahan (pemboleh ubah bersandar). Responden terdiri daripada 40 orang guru prasekolah dalam daerah Daro di negeri Sarawak. Soal selidik untuk menguji sokongan sosial adalah daripada Multidimensional Scale of Perceived Social Support manakala soal selidik untuk menguji daya tahan adalah daripada The Resilience Scale. Kajian menunjukkan wujud hubungan signifikan r= 0.267 di antara pemboleh ubah sokongan sosial dan daya tahan guru dengan nilai p = 0.05.