Pengaruh Hubungan Ibu Bapa Terhadap Minat Kerjaya Anak
Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan pengaruh hubungan ibu bapa teradap minat kerjaya anak. Kertas konsep ini menggariskan kepentingan pengaruh hubungan ibu bapa dan anak agar anak dapat membuat pemilihan kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya anak. Anak-anak merupakan insan yang paling penting dalam kehidupan ibu bapa Oleh sebab itu , ibu bapa bapa sudah mahukan yang terbaik dari segi kebahagiaan di masa depan anak-anak mereka. Ibu bapa adalah guru pertama kepada anak-anak. ibu bapa adalah penting dalam mendorong kejayaan anak-anak, termasuklah dalam soal kerjaya anak-anak. Mereka memerlukan sokongan dan dorongan dari aspek mental, spiritual mahupun fizikal.