Penglibatan mahasiswa dalam protes politik di IPTA PRK 2016
List of Authors
  • Roslizawati Taib

Keyword
  • Penglibatan politik, protes politik, golongan muda, mahasiswa, IPTA

Abstract
  • Sejak akhir-akhir ini, terdapat perubahan dilihat dalam penyertaan politik anak-anak muda, terutamanya di negara-negara membangun termasuklah Malaysia. Pelajar-pelajar universiti merujuk kepada sekumpulan pelajar yang berada di menara gading dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Dengan berbekalkan segugusan potensi diri yang sangat menyerlah, golongan muda menjadi kelompok yang majoriti dalam masyarakat. Nilai positif, semangat dan kreativiti yang ada pada mereka, sekiranya dilengkapi dengan keupayaan mereka dalam meningkatkan kemandirian diri, akan membantu memastikan bahawa penyertaan mereka dalam politik akan menyumbang kepada kejayaan yang berterusan terutamanya dalam aspek pembangunan politik negara pada hari ini. Evolusi perjuangan politik generasi muda radikal di Malaysia bermula seawal hari Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Corak dan trend gerakan golongan muda sejak kemerdekaan dapat dilihat dengan jelas, iaitu digariskan dengan objektif tertentu, khusus untuk menyuarakan kebimbangan mereka untuk beberapa isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat dan merayu kepada kerajaan untuk menangani isu-isu tersebut. Adalah menarik untuk dibincangkan bahawa gerakan muda di Malaysia meskipun cuba mengelak daripada terlibat dalam sebarang demonstrasi aman akibat kekangan AUKU, namun begitu pergerakan mereka akhirnya berkembang menjadi protes di peringkat kampus. Untuk kajian ini, data-data berbentuk primer dan sekunder dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Seramai 60 orang responden dipilih dan maklumat dikumpulkan dengan menggunkaan borang soal selidik yang diisi oleh responden. Hasil kajian menunjukkan faktor internal yang paling signifikan mendorong mahasiswa memprotes dan bukan dipengaruhi oleh politik luar semata-mata. Penglibatan anak muda sangat penting dalam usaha pendemokrasian dan sebagai usaha ke arah pembentukan lanskap politik yang baru di Malaysia.

Reference
  • 1. Allen Rubin; Earl R. Babbie. 2014. Research Methods for Social Works (8th ed.,) Brooks/ Cole: USA.
    2. Almond, G. A. & Powell. 1988 (4th ed.). Political recruitment and political structure. Dlm. Comparative Politics Today. Stanford University, Boston: Little Brown.
    3. Babbie, E. 2005. The basics of social research. (3rd ed.) Thomson: Wadsworth.
    4. Berkowitz L. (1972). Frustrations, comparisons and other sources of emotion aroused as contributors to social unrest. Journal of Social Issues 28: 77-92.
    5. Conge PJ. 1988. The concept of political participation: Toward a definition. Comp Polit 20(2): 241-249.
    6. David Easton. 2000. The Political System: An Inquiry into the State of Political Science. (New York).
    7. David L. Morgan. 1997. Focus Groups As Qualitative Research (2nd Ed.). Sage Publications Inc:California.
    8. Ebtsam Aly Abou Hashish dan Neama Mohamed Fouad Kamel. 2014. Identity, political efficacy and expected political participation among nursing students after 25th January revolution. Vol. 6(4) pp. 69-76, Oktober 2014. Journal of Public Administration and Policy Research.
    9. Jeffrey N. Wasserstrom. 1991. Student Protests in Twientieth-Century China: The View from Shanghai. Stanford University Press.
    10. Gabriel A. Almond dan G. Bingham Powell, Jr. 1966. Comparative Politics : A Developmental Approach.Little Brown & Co. Boston.
    11. Gamson, William, The Strategy of Social Protest (Belmont, CA: Wadsworth Publishers, 1975).
    12. Gurr T (1970) Why Men Rebel. Princeton, NJ: Princeton University Press.
    13. Klandermans B, Van der Toorn J; Van Stekelenburg J (2008) Embeddedness and grievances: Collective action participation among immigrants. American Sociological Review December.
    14. Lind EA, Tyler TR. 1988. The Social Psycholohy of Procedural Justice. New York. Plenum Press.
    15. Milbrath, Lester.W. 1965. Political Participation:How and Why Do People Get Involved In Politics? Chicago: Rand-McNally and Co.
    16. Rubin. A. & Babbie, E. R. 2008. Research Methods for Social Work sixth Edition. Australia: Thomson Brooks/Cole.
    17. Rucht D. 2007. The Spread of Protest Politics. Dlm. RJ, Klingemann H-D (eds) The Oxford handbook of political behaviour. Oxford University Press, Oxford, pp 708-723.
    18. Schulz W 2005. Political efficacy and excpected political participation among lower and upper secondary students. A comparative analysis with data from the IEA civic education study. IEA civic education study. 2005. (http://files.eric.ed.gov/fulltext/ED499264.pdf) – akses pada 1 April 2016.
    19. Taylor SJ, & R. Bogdan. 1984. Introduction to qualitative research methods: The search for meanings, second edition. John Wiley and Sons. Toronto.
    20. Verba, Sidney, Norma H. Nie. 1972. Participation in America: Political Democracy and Social Equality. New York: Harper and Row.