Kandungan Ilustrasi Pecahan Di Dalam Buku Teks Matematik Tahun 5 KSSR
List of Authors
  • Aisah Noh

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pembelajaran matematik sangat bergantung kepada bantuan grafik di dalam memberi kefahaman yang berkesan kepada murid dalam memahami konsep dan kemahiran matematik yang dipelajari. Oleh itu ilustrasi yang mencukupi memainkan peranan yang penting di dalam membina kafahaman ini supaya ianya kukuh dan kekal di dalam memori murid. Kajian kandungan ilustrasi ini bertujuan meneroka dan menganalisa tentang kandungan ilustrasi yang terdapat di dalm buku teks matematik tahun lima bagi versi KSSR yang merupakan buku teks terkini yang digunapakai oleh murid-murid di peringkat sekolah rendah kebangsaan. Ilustrasi dapat dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu; ilustrasi penjelasan (penerangan), ilustrasi hiasan, ilustrasi ransangan. Dapatan kajian mendapati kandungan ilustrasi yang menjelaskan kepada setiap kemahiran agak kurang mencukupi bagi merangkumi keseluruhan tajuk pecahan pada peringkat umur kanak-kanak yang masih memerlukan operasi konkrit. Kajian ini juga boleh menjadi satu landasan untuk pengkaji atau pengkaji lain  melanjutkan kajian pada peringkat keberkesanan ilustrasi yang terkandung di dalam buku teks ini pada masa akan datang.


Reference
  • No Data Recorded