Masalah Pelajar Universiti Teknikal Dalam Mempelajari Aksara Cina
List of Authors
  • Tan Hua An, Tan Tiam Lai

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Aksara Cina sangat unik dalam pembentukan perkataan bahasa Cina. Namun, keunikan aksara Cina menyebabkan pelajar bukan penutur natif secara umumnya menghadapi masalah untuk mengenali, mengingati dan menulis aksara Cina. Ini menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai aksara Cina. Penguasaan aksara Cina adalah asas kepada kemahiran membaca dan menulis Bahasa Cina. Justeru itu, masalah yang dihadapi oleh pelajar harus diberi perhatian yang sewajarnya. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar universiti teknikal semasa mempelajari aksara Cina dan mencadang langkah-langkah untuk mengatasi masalah mempelajari aksara Cina. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data. Sampel kajian ini terdiri daripada 89 orang responden yang mengikuti kursus bahasa Mandarin 1 dan Mandarin 2 di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI). Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pengajar bahasa Mandarin sebagai bahasa asing menambahbaikan kaedah pengajaran demi meningkatkan keberkesanan pengajaran aksara Cina. Selain itu, kajian ini juga diharap dapat dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar untuk meningkatkan penguasaan aksara Cina. Beberapa cadangan telah disyorkan sebagai panduan dan rujukan.


Reference
  • No Data Recorded