Peralihan vokal /i/, /o/ dan /a/ dalam dialek Melaka
List of Authors
  • Nursuhada Saufi

Keyword
  • Dialek Melaka, peralihan, peninggian vokal, perendahan vokal, vokal tengah

Abstract
  • Kajian ini membincangkan peralihan vokal dialek Melayu Melaka di kawasan Kampung Sungai Kertah, Pengkalan Balak. Data diperolehi daripada sesi temu bual bersama tiga orang informan. Kesemua data yang diperolehi dianalisis menggunakan kerangka teori Struktural. Dalam bahasa Melayu, terdapat dua proses peralihan vokal yang penting melibatkan perendahan vokal dan peninggian vokal. Proses perendahan dan peninggian vokal dari aspek fonologi tidak begitu dihiraukan atau kurang diberikan perhatian untuk dibincangkan secara mendalam dalam dialek Melayu Melaka (DMM). Justeru, dalam penulisan ini memfokuskan tentang tiga proses peralihan yang berlaku dalam dialek ini iaitu perendahan vokal, peninggian vokal dan perubahan kepada vokal tengah. Hasil analisis yang telah dilakukan menunjukkan vokal depan tinggi /i/ mengalami proses perendahan vokal menjadi /e/. Proses peninggian vokal belakang separuh tinggi /o/ menjadi vokal tinggi /u/ manakala vokal depan rendah /a/ berubah menjadi vokal tengah /ə/ atau vokal schwa. Kesan daripada proses perendahan, peninggian dan vokal tengah ini, menyebabkan terdapat beberapa perbezaan bunyi yang berlaku dalam DMM semasa bertutur namun masih juga mengekalkan sebutan dialek Melayu seperti Bahasa Melayu Standard. Secara keseluruhannya, peralihan vokal dalam DMM mampu menjadi satu kajian baharu oleh pengkaji dan menghuraikan proses peralihan yang berlaku dalam DMM secara berpada.

Reference
  • 1. Adi Yasran Bin Abd Aziz, 2011/2012.Perbandingan Aspek Fonologi Dialek Muar dan Melaka Berdasarkan Teori Transformasi Generatif.Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi :Universiti Putra Malaysia.
    2. Asmah Haji Omar. 1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
    3. Jabatan Perangkaan Malaysia. 2016. Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Dan Mukim.
    4. Madzhi Johari. 1988. Bunyi Vokal Dialek Melayu Kuching. Dlm Fonologi Dialek Melayu Kuching. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    5. Madzhi Johari. 1989. Fonologi Dialek Melayu Kuching(Sarawak). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    6. Mengantar Simanjuntak & Ramli Salleh. 1980. Perubahan-Perubahan Bunyi Bahasa: Satu Kajian Kes Bahasa Melayu Melaka(Bahagian Akhir).Jurnal Dewa Bahasa: November hlm. 56-68.
    7. Mohd Tarmizi Hasrah, Shahidi A. Hamid & Rahim Aman. 2013. Inovasi dan Retensi dalam Dialek Hulu Tembeling. Gema Online @ Journal ofLanguage Studies. Vol. 13 (3) September. Universiti Kebangsaan Malaysia.
    8. Nik Safiah Karim. 1988. Loghat Melayu Kelantan Suatu Cherakinan Kaji Bunyi Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    9. Norfazila Ab. Hamid & Rahim Aman. 2014. Proses Pemanjangan Vokal dalam Dialek Hulu Sik Kedah: Satu Penerapan Teori Fonologi Generatif Model Non-Linear.Jurnal e-Bangi. Vol. 9 No.2 hlm: 195-205.
    10. Nurliayana Zainal Abidin & Adi Yasran Abdul Aziz. 2016. Perbandingan Inventori Vokal Dialek Kelantan dan Negeri Sembilan. International Journal of the Malay World and Civilisation. Vol. 4 (2) hlm: 73-81.
    11. Radiah Yusoff & Nor’Aini Ismail. 1996. Gangguan Dialek di Kalangan Penutur DialekUtara Pantai Barat Semenanjung Malaysia: Satu Analisis Proses Fonologi.Jurnal Dewan Bahasa. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. Disember, hlm 1131-1140.
    12. Shahidi A. Hamid, Maslida Yusof & Nor Hashimah Jalaluddin. 2013. Fonetik Bahasa Melayu. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
    13. Sharifah Raihan Syed Jaafar. 2013. Peninggian Vokal Dialek Sarawak. Jurnal Linguistik Vol. 17 (1). hlm 1-9. Universiti Kebangsaan Malaysia.
    14. Salbia Hasan. 2015. Sistem Vokal Dialek Melayu Kabong Sarawak. Jurnal Bahasa. Universiti Malaya.
    15. Zaharani Ahmad. 2000. Pemanjangan dan Penyisipan Vokal dalam bahasa Melayu: Suatu Analisis Autosegmental. Dewan Bahasa dan Pustaka. 44(12): 1202-1221.