Peranan pendidikan terhadap mobiliti sosial komuniti Iban luar bandar di daerah kecil Spaoh, Sarawak: satu kajian fenomenologi
List of Authors
  • Novel Lyndon , Ragam, Hubert Ron

Keyword
  • Mobiliti sosial, etnik Iban, pendidikan, sosiologi, pembangunan komuniti

Abstract
  • Mobiliti sosial adalah satu proses perubahan atau pergerakan seseorang atau sesuatu kelompok daripada satu kedudukan kepada kedudukan yang lain dalam sesebuah masyarakat dan boleh berlaku antara generasi dan juga secara inter generasi. Dimensi pendidikan dilihat sebagai antara faktor yang paling utama mempromosikan mobiliti sosial sesebuah komuniti khususnya terhadap komuniti luar bandar. Oleh itu, fokus utama kajian ini ialah untuk meneliti makna pendidikan daripada pandangan dunia komuniti Iban luar bandar dan bagaimana pandangan komuniti ini terhadap pendidikan menjadi agen kepada perubahan status sosial dan ekonomi. Ontologi idealis dan epistemologi interpretisme telah digunakan dalam kajian ini. Data dalam kajian ini dikumpul menggunakan kaedah temubual mendalam dan pemerhatian tidak ikut serta. Teknik persampelan bertujuan dan snowball telah digunakan dalam memilih informan dalam kajian ini. Jumlah informan dalam kajian ini adalah sejumlah 20 orang dan jumlahnya ditentukan berdasarkan ketepuan data. Kesahihan dan kebolehpercayaan data kajian ini ditentukan menggunakan pendekatan penyemakan tema dengan komuniti. Hasil kajian mendapati makna pendidikan menurut komuniti Iban luar bandar dalam kajian ini boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu makna ekonomi, status sosial atau hieraki, prestij, kebanggaan dan kelangsungan hidup. Hasil kajian juga mendapati pandangan komuniti ini terhadap pendidikan telah membantu mereka untuk keluar daripada arus kemiskinan dan meningkatkan kedudukan sosial mereka dalam struktur sosial masyarakat moden. Kesimpulannya, pandangan komuniti Iban luar bandar terhadap pendidikan telah membantu mewujudkan empat kriteria utama dalam pembentukan susun lapis masyarakat etnik Iban luar bandar iaitu kekayaan, kekuasaan, kehormatan dan ilmu pengetahuan atau tahap pendidikan.

Reference
  • 1. Abdullah Hassan. 2009. Bahasa Melayu di persimpangan: antara jati diri dengan rempuhan
    globalisasi. Jurnal Kemanusiaan 16: 59-81.
    2. Barrett, R. 1993. Performance, effectiveness and the Iban Manang. In Robert Winzeler (ed.) The seen and the unseen: shamanism, mediumship and possession in Borneo (Borneo Research Council, Monograph Series No. 2), pp.231–275. Williamsburg, Virginia: Borneo Research Council.
    3. Berry, J.W. 2005. Acculturation: Living successfully in two cultures. International Journal of Intercultural Relations. Volume 29: 697-712.
    4. Blaikie N. 2000. Designing social research. Polity Press, Cambridge.
    5. Catherine Bilon, Abdul Razaq Ahmad dan Mohd Mahzan Awang. 2016. Persekitaran sosial dan sikap remaja etnik Iban terhadap pendidikan. International Conference on Education and Regional Development. Bandung, Indonesia. 31 Oktober & 1 November.
    6. Cheng Im, T. 2012. Managing a plural society: Issues and challenges of multiculturalism in
    Malaysia. The Asian Conference on Cultural Studies Official Conference Proceedings, hlm. 58-68.
    7. Hasni Zakaria dan Novel Lyndon. 2014. Identiti budaya dan bahasa etnik Melayu Thesaban Takbai, selatan Thailand: satu analisa fenomenologi. GEOGRAFIA Malaysian Journal of Society and Space. Volume 10(6): 148-155.
    8. Iannelli, S and Paterson, R. 2005. Does education promote social mobility? Education and Social Mobility in Scotland in the 20th Century. Volume 35: 1-4.
    9. Jayum Jawan. 1996. Conflict resolution through consensus building: Experience from the Dayak Iban community of Sarawak, East Malaysia. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum, vol 4(2): 121-127.
    10. Jerry Peter Langan dan Zamri Mahamod. 2011. Sikap dan motivasi murid Iban dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Volume 1(1): 13-25.
    11. Joseph T. 2005. Quality in Early Childhood Education: An Anthropologist’s Perspective. Early Education and Development, vol 16 (4):41-60.
    12. King, V.T. 2010. Cultural and identity: Social science and modern Southeast Asia. Corporate Talk. Perak: Penerbit Universiti Teknologi Mara.
    13. Kwok Chin Hoe dan Haris Abdul Wahab. 2014. Pengetahuan masyarakat Iban tentang program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan di daerah Song, Sarawak. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and Space. Volume 10(1): 87-93.
    14. Li Shenxue, Easterby M, Marjorie S and Clark T. L. 2016. Tapping the power of local knowledge: a local-global interactive perspective. Journal of World Business, vol 51 (4): 641-653.
    15. Maya Khemlani David and Caesar Dealwis. 2008. Why shift? Focus on Sabah and Sarawak. Journal of Pregledni Clanak. Volume 66: 261-276.
    16. Najihah Abdul Mutalib. 2008. Pencapaian masyarakat Melayu Sarawak dalam bidang pendidikan sebelum dan selepas merdeka. Bintulu: Penerbit UPM.
    17. Neuman W L. 2006. Social research methods: Qualitative and quantitative approaches, 6th edn. Allyn& Bacon, Boston.
    18. Sarawak 2010. Jabatan Perangkaan Malaysia, Cawangan Sarawak. Kuching. Sarawak.
    19. Postill, J.R. 2000. Borneo again: Media, Social Life and nation-building among the Iban of Malaysian Borneo. London: University College London.
    20. Ryoji S. 2006. Agents on the move: The living strategy of indigenous people in Sarawak, Malaysia. The Annual Report on Cultural Science. Hokkaido University. Volume 119: 79-101.
    21. Tan Chee Beng. 1997. Ethnic groups, ethnogenesis and ethnic identities: Some examples from Malaysia. Hong Kong: The Chinese University of Hong Kong.
    22. Taschi T. S. and Tareef, H. K. 2014. Reimaging Iban longhouses in urban context: A study in Sarawak, Malaysia. Scottish Journal of Arts, Social Sciences and Scientific Studies. volume 18(1): 3-11.