Elemen Kemahiran Teknikal Dari Perspektif Majikan Industri: Satu Tinjauan Awal
Kemahiran teknikal yang dikuasai oleh graduan adalah kriteria utama dalam menempatkan diri mereka di pasaran pekerjaan. Walau bagaimanapun, terdapat juga aduan dari majikan industri mengenai graduan yang kekurangan kemahiran teknikal yang diperlukan. Kajian ini adalah kajian awal untuk mengetahui berkenaan majikan industri masa kini memerlukan elemen kemahiran teknikal yang tertentu. Kajian ini menggunakan pendekatan meta-kandungan yang dianalisis dari pelbagai sumber penerbitan yang berkaitan dengan isu kemahiran teknikal. Maklumat yang diperolehi dirumuskan sebagai dapatan kajian bagi kajian ini.