Hubungan Literasi Digital dan Gaya Pembelajaran dengan Persepsi Keberkesanan Pembelajaran Adaptif dalam Kalangan Murid
List of Authors
Aidah Abd Karim, Anuaruddin Abd Razak
Keyword
literasi digital, gaya pembelajaran, asnaf, pembelajaran adaptif, teknologi pendidikan
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka hubungan antara literasi digital dan gaya pembelajaran dengan persepsi keberkesanan pembelajaran adaptif dalam kalangan murid Asnaf sekolah rendah. Pernyataan masalah kajian berasaskan jurang literasi digital yang masih wujud walaupun Dasar Pendidikan Digital 2023 telah dilaksanakan. Kajian tinjauan kuantitatif ini melibatkan 150 murid Asnaf sekolah rendah Tahap 2 di Hulu Langat, Selangor. Data dikumpul menggunakan soal selidik yang mengukur tahap literasi digital, gaya pembelajaran (VARK), dan persepsi keberkesanan pembelajaran adaptif. Analisis deskriptif menunjukkan tahap literasi digital sederhana (min=3.2, SP=0.64), dengan majoriti murid mempunyai gaya pembelajaran visual (40%) dan kinestetik (30%). Ujian korelasi Pearson mendapati hubungan positif signifikan antara literasi digital dan persepsi keberkesanan pembelajaran adaptif (r=0.42, p<0.01), manakala analisis ANOVA menunjukkan tiada perbezaan signifikan berdasarkan gaya pembelajaran (p>0.05). Hasil kajian memberi implikasi penting kepada guru, ibu bapa, dan pembuat dasar untuk memperkukuh program literasi digital adaptif bagi murid Asnaf bandar.