Kesediaan Guru Pendidikan Khas Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke 21
List of Authors
  • Mohammad Ziyad Majani

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pembelajaran abad ke-21 adalah pembelajaran yang penting dan sangat diperlukan oleh murid untuk diamalkan didalam kelas. Pembelajaran ini mempunyai elemen-elemen seperti  berkomunikasi, sains dan teknologi, berfikir, interpersonal, intrapersonal, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), dan sebagainya.Oleh itu,kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap  kesediaan guru Pendidikan Khas sekolah rendah dalam pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 di daerah Padawan. Kajian ini juga mengkaji perbezaan kesediaan guru dari ketiga-tiga aspek berdasarkan faktor demografi iaitu kelulusan akademik, pengalaman, opsyen asal dan kursus yang dihadiri guru Pendidikan Khas sekolah rendah. Kajian ini adalah satu kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitiatif dalam menjalankan kajian.Borang soal selidik telah dijadikan instrumen utama dalam kajian ini dimana ianya dalam bentuk Google Form dalam bentuk skala Likert.Teknik persampelan rawak mudah digunakan bagi memastikan semua individu dalam populasi mempunyai peluang yang sama dipilih sebagai sampel.Seramai 37 orang responden telah dijadikan sebagai responden kajian.Dapatan kajian dianalisis menggunakan Statistical Package For Science Social (SPSS) melalui analisis deskriptif.Dapatan kajian menunjukkan nilai purata min tahap yang dikaji iaitu pengetahuan guru dalam melaksanakan Pembelajaran Abad ke 21 berada pada tahap yang sederhana tinggi, manakala tahap kemahiran berada pada tahap yang sederhana tinggi dan sikap berada pada tahap yang tinggi.Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat yang berguna kepada pihak yang beranggungjawab seperti pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah berkaitan dengan sejauh mana pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru Pendidikan Khas. Kesimpulannya, guru-guru Pendidikan Khas didapati telah melaksanakan Pembelajaran Abad ke 21 dengan sederhana baik kerana mempunyai kemahiran dan sikap yang sederhana tinggi.Walaubagaimanapun, pengetahuan dalam kalangan guru Pendidikan Khas harus diberi penekanan bagi melonjakkan kualiti guru pada abad ke-21 ini.


Reference
  • No Data Recorded