Peranan pemimpin pendapat dalam menggalakkan penglibatan belia menjayakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Kampung Hulu Chuchoh, Sepang
List of Authors
  • Farid Shapie , Suhana Saad

Keyword
  • Pemimpin pendapat, belia, penyertaan, komunikasi, institusi kepimpinan desa

Abstract
  • Makalah ini membincangkan berkaitan peranan yang dimainkan oleh pemimpin pendapat dalam menggalakkan penglibatan golongan belia menjayakan aktiviti-aktiviti pembangunan masyarakat di desa. Hasil kajian ini adalah berdasarkan temu bual bersama pemimpin pendapat serta pengalaman permerhatian lapangan di Kampung Hulu Chuchoh, Sepang, Selangor. Secara umumnya adalah didapati masyarakat desa terutama kumpulan belia amat positif serta proaktif dalam menjayakan pelbagai aktiviti dan program-program yang dianjurkan di kampung tambahan pula Kampung Hulu Chuchoh juga terlibat secara aktif dalam aktiviti homestay. Kesan komunikasi yang berkesan antara pemimpin pendapat dan masyarakat setempat turut menjadi faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan terbinanya kemuafakatan antara penduduk kampung. Peranan pemimpin pendapat adalah amat penting dalam sesebuah komuniti atau organisasi kerana kemampuannya mempengaruhi pandangan dan tingkah laku yang akan membawa kepada kejayaan mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh komuniti itu sendiri.

Reference
  • 1. Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad. 1998. Komunikasi untuk pemimpin. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
    2. Amos Kolawole, 2016. Analysis of the Influence of Opinion Leaders on Voting Decision of Rural Voters: An Evidence from Ayetoro, Ogun- State of Nigeria. IOSR Journal of Humanities and Social Science. 2(1): 45-53.
    3. Azizan Bahari. 2009. Kerja Sukarela Kurang Mendapat Sambutan. http://www.sukarelawanmalaysia. com/v1/artikel-teks-pembentangan/32-kerja-sukarela-kurang-mendapat-sambutan.html [25 Mei 2017].
    4. Ban, A. W. Van Den & H.S. Hawkins. 1996. Agricultural Extension. Edisi ke-2. Oxford: Blackwell Science.
    5. Frank C. S. Liu. 2007. Constrained opinion leader influence in an electoral campaign season: Revisiting the two-step flow theory with multi-agent simulation. Advances in Complex Systems 10(2): 233-250.
    6. Gledis Jeinlef Manopo. 2013. Peranan opinion leader dalam meningkatkan partisipasi masyarakat untuk menunjang program Bersih Eceng Gondok Danau Tonado. Journal Acta Diurna 1(1).
    7. Ismail Noor. 2000. Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W Pengurusan Altruistik Model Ikutan Sepanjang Masa Perbandingan Silang Dengan Kepimpinan dan Pengurusan Semasa. Kuala Lumpur: Utusan Publicatios & Distributors Sdn. Bhd.
    8. Kamlesh Gakhar & Aarti Chahal. 2016. Role of Opinion Leadership and Communication Strategies in Innovation, Adoption and Diffusion. Journal of Management Sciences and Technology 3(3).
    9. Katz, E. 1957. The two-step flow of communication: An up-to-date report on a hypothesis. Public Opinion Quarterly 21: 61-78.
    10. Katz, E., Lazarfeld, P. & Research, C. U. B. O. A. S. 1955. Personal influence: The part played by people in the flow of mass communications, Free Press New York.
    11. Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. 2015. Maklumat JKKK/JKKKP. https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=10&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwj3vKGL45bUAhVIx7wKHRv7Dl4QFghGMAk&url=http%3A%2F%2Fwww.rurallink.gov.my%2Fwp-content%2Fuploads%2F2015%2F05%2F146.pdf&usg=AFQjCNHakHie0-V3coB0ibn1S_FYXH4GTg&sig2=ricATfGyd2UJMquBncmCxQ [25 Mei 2017].
    12. Kotler. P. 1998. Marketing Management. Edisi ke-10. New Jersey:Prentice Hall, Inc.
    13. Lazarsfeld, P. F., Berelson, B. & Gaudet, H. 1944. The people’s choice: how the voter makes up his mind in a presidential campaign. New York: Duell, Sloan and Pearce.
    14. Mohd. Yusoff, Noor Rahamah, Junaenah, Abd Hair & Ong P.Y. 2011. Komunikasi dan Pembangunan Komuniti Peringkat Desa: Berkongsi Pengalaman antara Indonesia dengan Malaysia. Jurnal Melayu (6): 227-237
    15. Nik A. Rashid Ismail. 1993. Kepemimpinan: Ulasan Teori dan Kajiannya di Malaysia. Dlm. Psikologi Melayu, diselenggara oleh Abdul Halim Othman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    16. Nisbet, M. C., & Kotcher, J. E. 2009. A Two-Step Flow of Influence? Opinion-Leader Campaigns on Climate Change 30(3): 328-354. California: SAGE Publications.
    17. Rogers, E. M. 2003. Diffusion of innovation. Edisi ke-5. New York: Free Press.
    18. Shahid Ali Chaudhry & Waseem Irshad. 2013. Opinion Leadership and Its Role In Buyer Decision Making. V II (I), 16-23, ISSN: 2305-865X. Resource Mentors (Pvt) ltd.
    19. Shah. M. Alamgir Hossain. 1995. Characteristic of Opinion Leader and Non Leader In Differentially Developed Villages of Bangladesh. Bangladesh J. Agric Econs.XVIII, 2.
    20. Sunitha Chakravarthy & G.V. Bhavani Prasad. 2011. The Impact of Opinion Leader on Consumer Decision Making Process.
    21. Valente, T.W., Hoffman, B.R.,Ritt Olson A., Lichtman, K., & Johnson, C. A. 2005. The effects of a social network method for group assigment strategies on peer led tobacco prevention programs in schools. American Journal of Public Health 93: 1837-1843.