Mata pelajaran matematik adalah instrumen yang sesuai digunakan untuk membangunkan kemahiran intelek individu. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana penggunaan tackle kad digunakan oleh guru untuk murid tahun 2 dan apakah keberkesanan penggunaan tackle kad dalam peningkatan penguasaan sifir di dalam kalangan murid Tahun 2 di sebuah sekolah pedalaman. Pengkaji telah menggunakan kaedah tinjauan untuk membuat tinjaun dan melihat bagaimana keberkesanan tackle kad ini untuk para murid dalam menyelesaikan dan bagaimana mereka mula untuk menguasai sifir. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat impak positif dan keberkesanan yang sangat baik dan ianya juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa ia merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan oleh para guru tidak terhad kepada mata pelajaran matematik sahaja.