Pengetahuan, Amalan dan Kekangan Guru Prasekolah terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Aktif di Tadika Swasta
List of Authors
  • Jia See, Suziyani Mohamed

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Dalam PPPM 2013- 2025, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merealisasikan pembelajaran aktif sebagai salah satu pendekatan yang bersesuaian dengan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dalam sistem pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pastikan tahap pengetahuan dan amalan guru prasekolah terhadap pelaksanaan pembelajaran aktif. Begitu juga, kajian ini bermatlamat untuk memberikan gambaran yang jelas terhadap kekangan-kekangan yang menyebabkan guru prasekolah tidak berkemampuan untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran aktif dalam proses PdP. Sementara itu, hubungan antara tahap pengetahuan dengan amalan guru prasekolah terhadap pelaksanaan pendekatan ini juga akan dikaji. Reka bentuk kajian kuantitatif bersifat tinjauan telah diguna pakai bagi mencapai ketiga-tiga objektif kajian ini. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 297 orang guru prasekolah swasta yang berkhidmat di daerah Johor Bahru, Johor. Dalam proses penganalisisan data, aplikasi Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) telah diguna pakai untuk menganalisis data secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan (min=3.16, SP=0.62) dan amalan (min=3.19, SP=0.69) guru adalah berada pada tahap yang sederhana-tinggi sahaja. Selanjutnya, peruntukan masa dan tahap sokongan pentadbir yang rendah telah dikemukakan oleh guru sebagai kekangan utama semasa merancang pembelajaran aktif ini. Ujian korelasi Pearson telah melaporkan terdapat hubungan yang signifikan (P<0.001) antara tahap pengetahuan dengan amalan guru prasekolah swasta terhadap pelaksanaan pembelajaran aktif (r2 = 0.52). Secara keseluruhannya, hasil kajian ini melaporkan corak pengajaran guru prasekolah swasta masih dikekalkan dengan kaedah tradisional. Hasil kajian ini telah memberikan implikasi kepada pihak-pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) supaya mereka memikul tanggungjawab bagi meningkatkan kesediaan guru dari segi pengetahuan dan amalan terhadap pengaplikasian pendekatan ini. Kesediaan guru yang tinggi ini merupakan kunci utama untuk meningkatkan perkembangan holistik kanak-kanak dan menjurus sistem PAKK ke taraf dunia.


Reference
  • No Data Recorded