Impak penyertaan pengundi muda dalam PRU 2013 terhadap politik Malaysia
List of Authors
  • Mohd Haziman Mahmood

Keyword
  • Pilihan Raya Umum 2013, tsunami politik, hegemoni BN, politik Malaysia, penyertaan

Abstract
  • Dalam pilihan raya umum 2008, pola pengundian telah memperlihatkan perubahan yang signifikan pengundi muda kepada pembangkang. Perubahan ini adalah disebabkan oleh rasa tidak puas hati pengundi muda terhadap BN sehingga terhakisnya hegemoni BN dan akhirnya mencetuskan tsunami politik. Trend yang sama turut berlaku dalam PRU 2013 apabila BN sekali lagi memenangi pilihan raya dengan majoriti yang berkurang, iaitu memenangi sebanyak 133 kerusi sahaja daripada 222 kerusi yang dipertandingkan. Kemerosotan pencapaian BN dalam PRU 2013 adalah disebabkan oleh beberapa isu lama dan baharu dan juga kerana perubahan tingkah laku pengundi muda yang telah bersedia untuk memberi peluang kepada parti pembangkang. Artikel ini menilai impak penyertaan politik pengundi muda dalam PRU 2013 terhadap politik Malaysia. Hasil analisis mendapati penyertaan pengundi muda telah menghakis hegemoni BN, memberi kesan kepada politik federalisme, dan juga membawa Malaysia ke arah pembentukan sistem dua parti. Walaupun penyertaan anak muda ini telah membawa kesan kepada pendemokrasian politik Malaysia, namun penyertaan mereka belum berjaya menggantikan kerajaan pemerintah, tetapi sekadar mampu menggugat hegemoni kuasa BN sahaja.

Reference
  • 1. Abdul Rashid Moten. 2009. 2008 general elections in Malaysia: democracy at work. Japanese Journal of Political Science 10(1): 21-42.
    2. Anfreas, U. 2008. The 2008 election in Malaysia: uncertainties of electoral authoritarianism. Journal of Democracy. 4(1): 155-169.
    3. Carkoglu, A. 1997. The Turkish general election of 24 December 1995. Electoral Studies 16(1): 86-95.
    4. Case, W. 2010. Malaysia’s 2008 general election: transition from single-party dominance? Journal of Current Southeast Asian Affairs 29(2): 121-156.
    5. Gomez, J. 2015. Purged’ PAS leaders launch splinter movement. 14 Julai. Edge Financial Daily. http://www.theedgemarkets.com/article/‘purged’-pas-leaders-launch-splinter-movement-0 [3 November 2017].
    6. Hayes, D. 2008. Does the messenger matter: candidate-media agenda convergence and its effect on voter issue salience. Political Research Quartely 16(1):134-146
    7. Ida Lim. 2012. Pengundi muda atas pagar kunci kemenangan PRU13. Atas talian http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengundi-muda-atas-pagar-dan-wanita-kunci-kemenangan-pru-13 : 24 Ogos [3 November 2017].
    8. Kassim Razali. 2013. Malaysian politics post GE-13: the declarations of BN? RSIS Commentaries No. 094/2013 dated 21 Mei. S. Rajaratnam School of International Studies.
    9. Kee, T.C. 2008. March 8: The day Malaysia woke up. Shah Alam: Marshall Cavendish Editions.
    10. Lim Guan Eng. 2015. Pendirian DAP tentang isu hudud, presiden PAS, dan Pakatan Rakyat. Atas talian http://www.roketkini.com/2015/03/24/pendirian-dap-tentang-isu-hudud-presiden-pas-dan-pakatan-rakyat. 6 Ogos [24 Oktober 2017].
    11. Lim Kim Hui & Har Wai Mun. 2008. Political volcano in 12th Malaysian general election: makkal sakhti (people power) against communal politics. Journal of Politics and Law 1(3): 84-101.
    12. Metra Syahril Mohamed. 2012. Krisis air Selangor berdasarkan kajian. 5 Ogos. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120805/dn_14/ [12 Oktober 2017].
    13. Mohamed Nawab Mohamed Osman. 2013. The youth vote in GE 2013: kingmakers in the making? RSIS Commentaries No. 065/2013 dated 15 April. S. Rajaratnam School of International Studies.
    14. Mohd Farhan Darwis. 2014. Mahasiswa UKM dakwa pilihan raya kampus tidak adil. 21 November. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahasiswa-ukm-dakwa-pilihan-raya-kampus-tidak-adil [4 November 2017].
    15. Moniruzzaman. 2013. The 13th Malaysian general election: uncertainties and expectations. Intellectual Discourse 21(1): 320-342.
    16. Nathaniel, T & John. L. 2008. Political tsunami: an end to hegemony in Malaysia. Kuala Lumpur: Kinibooks.
    17. Ong Kian Ming. 2010. Pakatan Rakyat: what is different this time? The Commonwealth Journal of International Affairs 99(407): 141-152.
    18. Ooi Kee Beng, Saravanamuttu, J. & Lee, H. 2008. March 8 eclipsing May 13. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies.
    19. Rejal Arbee. 2013. Dapatkah sistem dua parti diwujudkan. Atas talian http://www.sinarharian.com.my/semasa/dapatkah-sistem-dua-parti-diwujudkan-1.148349. 10 April [23 Oktober 2014]
    20. Saifuddin Abdullah. 2013. Memacu transformasi. Selangor: Grup Buku Karangkraf.
    21. Sayari, S. & Esmer, Y. 2002. Politics, parties, and elections in Turkey. Boulder, Co.: Lynne Rienner.
    22. Siti Rohana Omar, Norun Najjah Ahmad, Nor Fazilah & Zanariah Jano. 2008. Sosialisasi politik pasca pilihan raya umum ke-12, Mac 2008. Political Science 35: 686-199.
    23. Tunku Mohar Mokhtar. 2008. The twelfth general electios in Malaysia. Intellectual Discourse 16(1): 89-100.
    24. Wan Nordin Wan Yaacob & Ridhuan Mohamd Nor. 2013. Clash of the titans: analisa isu dan keputusan pilihan raya umum 2013. Kuala Lumpur: Jundi Resources.
    25. Weiss, M.L. 2013. Electoral dynamics in Malaysia: Findings from the grassroots. Singapore: ISEAS.
    26. Wheare, K.C. 1947. Federal Government. Edisi Pertama. London: Oxford University Press.
    27. Wong, C.H. 2008. Forget about the two-party system for now. Dlm. Kee Thuan Chye (pnyt.). March 8: time for real change. Kuala Lumpur: Marshall Cavendish.
    28. Yeoh, O. 2008. Tipping points: viewpoints on the reasons and impact of the March 8 election earthquake. Petaling Jaya: The Edge Communication.