Pengetahuan Profesional Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Kajian Literatur Sistematik
List of Authors
  • Cynthia Vincent, Siti Mistima Maat

Keyword
  • pengetahuan profesional guru, pengajaran dan pembelajaran, Matematik, kajian literatur sistematik, PCK, TPACK

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk meneliti dan menganalisis secara sistematik dapatan penyelidikan sedia ada yang berkaitan pengetahuan profesional guru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Kajian literatur sistematik ini dijalankan berpandukan garis panduan Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses PRISMA 2009 bagi memastikan proses pencarian, pemilihan dan analisis artikel dijalankan secara telus dan menyeluruh. Carian artikel telah dilakukan melalui beberapa pangkalan data utama seperti Scopus, Web of Science, dan ERIC dengan menggunakan kata kunci yang berkaitan seperti “Pengetahuan Profesional guru”, “Pengajaran dan Pembelajaran” dan “Matematik”. Sebanyak 21 artikel telah dikenal pasti memenuhi kriteria inklusi setelah melalui proses saringan yang rapi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 11 buah negara yang telah menjalankan kajian berkaitan pengetahuan profesional guru dalam pengajaran Matematik, dengan pendekatan kualitatif paling dominan dan reka bentuk kajian kes paling kerap digunakan. Jenis pengetahuan profesional yang paling banyak dikuasai oleh guru adalah Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PCK), diikuti oleh TPACK dan Pengetahuan Kandungan (CK). Dapatan kajian ini memberikan implikasi penting kepada guru, pentadbir sekolah dan pembuat dasar untuk meningkatkan pembangunan profesional guru Matematik berdasarkan bukti. Penemuan ini juga dapat membantu memperkukuh pendekatan pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah.

Reference
  • No Data Recorded