Konstruksi meme di laman sosial terhadap isu semasa
List of Authors
  • Faizul Nizar Anuar , Fauziah Ahmad , Sabariah Mohamed Salleh

Keyword
  • Konstruksi, genre, meme, laman sosial, isu semasa

Abstract
  • Kajian ini memfokuskan kepada Konstruksi genre meme di laman sosial terhadap isu. Saodah Wok et. al (2005), menyatakan bahawa terdapat pelbagai kesan media terhadap para penerimanya. Keadaan ini boleh di lihat dengan jelas pada awalan tahun 1930-an hingga 1940-an di mana media di lihat begitu berkuasa sehingga sesiapa sahaja mampu terpengaruh dengannya. Justeru itu, kandungan maklumat serta isu-isu yang berlaku telah merancakkan lagi penghasilan meme di laman sosial sehingga membentuk pelbagai jenis genre meme yang wujud pada hari ini. Kajian ini akan melihat jenis-jenis meme yang wujud akibat daripada isu-isu ataupun kontroversi yang berlaku. Selain itu, kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui temubual secara perbincangan kumpulan sasaran (Focus Group Discussion). Teori yang digunakan adalah Teori Kebergantungan Media (Media Dependency Theory) oleh Sandra J. Ball-Rokeach dan Melvin DeFleur (1976). Hasil kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai jenis genre meme yang wujud akibat daripada peristiwa ataupun isu-isu kontroversi yang telah berlaku di dalam mahupun luar negara, antaranya adalah seperti meme bergenre politik, cinta, sukan, kekeluargaan, keganasan dan beberapa genre lain lagi. Keadaan ini dapat disimpulkan bahawa kebergantungan masyarakat terhadap media massa, secara tidak langsung mampu mencorak dan membentuk genre meme yang terhasil pada hari ini.

Reference
  • 1. Anneila Firza Kadriyanti. (2015). Proses dan model dari efek Media, Magister Ilmu
    Komunikasi, Universiti Indonesia.
    2. Baym, N. K. 2010. Personal Connections in the Digital Age. Cambridge, UK: Polity
    Press.
    3. Ball-Rokeach, S. J., & DeFleur, M. L. (1076). A Dependency Model of Mass-Media
    Effects. Communication Research.
    4. Ball-Rokeach, S. J. (1985). The Orgins of Individual Media-System Dependency: A
    Socialogical Framework. Communication Research 12 (4): 485-510.
    5. Dawkins, R. (1976). The Selfish Gene. New York: Oxford University Press.
    6. George, N., & Jackob, E. (2010). No alternatives? The relationship between perceived
    media dependency, use of alternative information sources, and general trust in mass media. International Journal of Communication, 4, 589-606.
    7. Hashim Bedu, Khairulhelmi Katip, Fahmi Sahid & Syafeq Mansor. (2008). Keruntuhan akhlak dan gejala sosial dalam keluarga; isu dan cabaran. Seminar Kaunseling Keluarga 2008. Skudai: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
    8. Karmalita L., Jhonny P., Elvis Ryan, & Masdoni Micheal. (2013). Transformasi Media
    Dalam Penyampaian Maklumat. Universiti Malaysia Sabah.
    9. Kamus Dewan Edisi ke-empat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    10. Lee, C. S. (2012). Exploring emotional expressions on YouTube through the lens of media
    system dependency theory. New Media & Society.
    11. Laporan Tahunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2013). Gaya
    Hidup Digital.
    12. Laporan Tahunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2014). Annual
    Report 2014. Colour Your life With Digital Content.
    13. Marianne Dainton, Ealaine D. Zelley. (2011). Applying Communication Theory for
    Professional Life: A practical Introduction. 2nd Edition. (California: SAGE Publications, Inc).
    14. Mc Quail, D. (1998). Mass communication theory: An introduction (2nd ed.) Beverly Hills,
    CA: Sage Pub.
    15. McQuail, Denis. (2010). McQuail’s Mass Communication Theory. 6th Edition. California.
    SAGE Publications. Inc.
    16. McQuail, D. & Windahl, S. (1981). Communication models: For the study of mass
    communication. New York: Longman.
    17. Rumnyeni, Rusmadi Awza, dan Evawani E Lubis. (2013). Analisis Dampak TV terhadap Masyarakat di Kecamatan Selat Panjang, Kabupaten Meranti. Universiti Riau.
    18. Ryan M. M. (2012). The World Made Meme: Discourse and Identity in Participatory
    Media. Doctor of Philosophy Thesis. University of Kansas.
    19. Shifman Limor. (2014). The Cultural Logic of Photo- Based meme Genres. Journal of
    Visual Culture. Sage publications (Los Angeles, London, New Delhi, Singapore
    and Washington DC. Vol 13 (3): 340-358. DOI 10.1177/1470412914546577.
    20. Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah. (2010). Laman sosial: Tinjaun Terhadap Laman
    Sosial dalam Talian Tempatan. Jurnal Pengajian Media Malaysia. Jilid 12. Vol. 12, No.2. pp 37 – 52.
    21. Saodah Wok, Narimah Ismail & Mohd Yusof Hussin. (2005). Teori-teori
    Komunikasi.Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
    22. Sinar Harian. (16 Ogos 2015). Wartawan Melodi mohon maaf isu gambar PM. Muat turun pada 2 Septembar 2015.
    http://www.sinarharian.com.my/hiburan/wartawan-melodi-mohon-maaf-isu-gambar-pm-1.420049
    23. Utusan (15 Ogos 2014). Cari mekanisma terbaik untuk kawal fitnah Facebook. Muat turun pada 3 Julai 2015.
    http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140815/dn_09/Cari-mekanisme-terbaik-kawal-fitnah-Facebook
    24. Bernama (15 Jun 2015). Najib, Rosmah Saman Nga Dakwa Muat Naik Gambar Dan Status Berunsur Fitnah. Dimuat turun pada 28 Jun 2015.
    http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1144098
    25. Harian Metro. 16 Januari 2016. Seloka Sindiran Rashid. Muat turun pada 1 September 2017. http://psasir.upm.edu.my/43291/