Faktor-faktor psikologi yang mempengaruhi tingkahlaku sukarelawan berkesan
List of Authors
  • Aizan Sofia Amin , Fatimah wati Halim , Noordeyana Tambi , Norhayati Ibrahim , Sariyah Abdullah

Keyword
  • Faktor psikologi, motivasi, tingkah laku, sukarelawan, berkesan

Abstract
  • Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor psikologi yang mempengaruhi tingkah laku motivasi sukarelawan berkesan dalam Temasya Kuala Lumpur 2017 yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan secara atas talian. Satu set alat ujian psikometrik 40 item yang terdiri daripada tiga instrumen iaitu Soal Selidik Personaliti, Soal Selidik Motivasi Pencapaian dan Soal Selidik Tingkahlaku Sukarelawan Berkesan telah ditadbir ke atas peserta kajian. Analisis data menggunakan kaedah deskriptif dan korelasi dengan bantuan perisian komputer iaitu ‘Statistical Package for the Social Science for Windows’ (SPSS for Windows). Kajian mendapati majoriti sukarelawan yang terlibat dengan Temasya Kuala Lumpur 2017 adalah perempuan, generasi Z yang berusia di antara 16 hingga 25 tahun serta berasal daripada zon Malaysia Tengah. Kajian juga menunjukkan untuk menjadi sukarelawan yang berkesan, seseorang individu perlu mempunyai faktor Personaliti Keterbukaan, Kehematan dan Kepersetujuan yang tinggi dan tahap Neurotisisme yang rendah. Selain itu, faktor Motivasi Penyempurnaan, Motivasi Status dan Motivasi Perhubungan juga penting bagi sukarelawan dalam melaksanakan tugas mereka secara berkesan. Walaubagaimanapun, apabila kedua-dua faktor psikologi Personaliti dan Motivasi Pencapaian digabungkan, kajian menunjukkan bahawa tidak semua dimensi Personaliti dan Motivasi Pencapaian mempengaruhi tingkahlaku sukarelawan yang berkesan secara langsung. Implikasi kajian ini mencadangkan supaya langkah bersesuaian perlu diambil untuk menarik minat lebih ramai sukarelawan dalam kalangan lelaki dan memperkasakan potensi mahasiswa sebagai sukarelawan berkesan. Selain itu, dimensi-dimensi Personaliti dan Motivasi Pencapaian yang berkaitan boleh digunakan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam melakukan pemilihan sukarelawan berkesan untuk aktiviti sukarela mereka.

Reference
  • 1. Azizan Bahari, 2006. Menjadi sukarelawan. Petaling Jaya: Qarya Sdn. Bhd.
    2. Burns, D. J., Reid, S. J., Toncar, M., Fawcett, J. & Anderson, C., 2006. Motivation to volunteer: The role of Altruism. International Review on Public and Non Profit Marketing, 3(2), 79-81. Carpenter, J. & Myers, K.W., 2007. Why volunteer? Evidence on the role of altruism, reputation and incentive. IZA DP Institute for the Study of Labor.
    3. Chou, K. L., 2006. The rushton, chrisjohn and fekken self-report altruism scale. Personality and Individual Differences, 21:297-298.
    4. Clary, E. G., Snyder, M., & Stukas, 1996). Volunteers Motivations. Nonprofit and Voluntary Sector Quarterly 25: 485–505.
    5. Cnaan, R. A., Handy, F. Wadsworth, M., 1996. Defining Who Is A Volunteer: Conceptual and Empirical Considerations, Nonprofit and Voluntary. Sector Quarterly 3: 364–383.
    6. Ekerdt, D.J., 1986. The Busy Ethic: Moral Continuity Between Work and Retirement. The Journal of Higher Gerontologist, 3: 239-44.
    7. Fatimah Wati Halim, Khairul Anwar@ Johari Mastor, Ahsan Ahmad, Rohany Nasir, Fatimah Omar, Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Nur Riza Suradi, Kaseh Abu Bakar, Dzuraidah Abd. Wahab, Norbahiah Misran, Kamisah, 2013. Manual Alat Psikometrik Pemilihan Kakitangan Akademik (APPiKA) UKM Inventori Psikometrik.
    8. Fauziah Ibrahim, Aizan Sofia Amin & Tharshini A/P Sivabalan, 2015. Penglibatan dan motivasi kesukarelawanan: ke arah memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa. e-Bangi, 10(1), 84-96.
    9. Finkelstein, M. A., & Brannick, M. T., 2007. Applying theories of institutional helping to informal volunteering: Motives, role identity and prosocial personality. Social Behavior and Personality, 35, 101-114.
    10. Haski-Leventhal, D., Cnaan, R., Handy, F., Brudney, J. L., Holmes, K., & Hustinx, L., 2008. Students’ vocational choices and voluntary action: A 12 nation study. Vol.19(1), 1-21.
    11. Hutchison, S., 2003. Group Processes and Volunteering: Enhancing Recruitment and Retention. Administration in Social Work 33: 23-33.
    12. Kendall, J. C., & Associates., 1990. Combining Service and Learning: A Resource Book for Community and Public Service. National Society for Internships and Experiential Education.
    13. Kemp, S., 2002. Volunteers Learning in the Olympics. Journal of European Industrial Training, 26: 109-116.
    14. Knauft, D., 1992. Predicting the Retention of University Students. Research in Higher Education 10: 35-37.
    15. Lussier, R. & Achua, C., 2013. Leadership: theory, application & skill development. Ohio: Cengage Learning.
    16. Mabry, J.B., 1998. Pedagogical variations in service-learning and student outcomes: How time, contact and reflection matter. Michigan Journal of Community Service Learning, 5(1), 32-47.
    17. Mellor, Hayashi & Stokes, 2009. Volunteering and Its Relationship with Personal And Neighborhood Well-Being, Nonprofit And Voluntary. Sector Quarterly: 144–159. Musick, Marc, and John Wilson, 2008. Volunteers: A Social Profile. Indianapolis: Indiana University Press.
    18. Nichols, G, King, 1999. Redefining the Recruitment Niche for the Guide Association In The UK. Leisure Sciences. 21: 307-320.
    19. Podsakoff, P. M., MacKenzie, S. B., Moorman, R. H., & Fetter, R, 1990. Transformational leader behaviors and their effects on followers’ trust in leader, satisfaction, and organizational citizenship behaviors. Leadership Quarterly, 1: 107–142.
    20. Podsakoff, N. P., Whiting, S. W., Podsakoff, P. M., & Blume, B. D, 2009. Individual- and organizational-level consequences of organizational citizenship behaviors: A meta- analysis. Journal of Applied Psychology, 94(1), 122-141. doi: 10.1037/a0013079
    21. Shweiki & Mauck, 1993. Volunteering In Cross-National Perspective: Initial Comparisons. Civil Society Working Paper 10. London: London School Of Economics, Centre For Civil Society.
    22. Turiman Suandi, Siti Rabaah Hamzah, Wan Mahzom Ahmad Shah, Mohd Rezal Hamzah, Azizan Bahari, Ismail Ali, Wan Ibrahim Wan Ismail, Mohd Hafizi Ismail. Determinants of student volunteering in Malaysian Public Universities. International Conference on Youth Development 2011, Palm Garden, Putrajaya. 1st-3rd November 2011.
    23. Zaliha Hussin & Mohd Ramlan Mohd Arshad, 2012. Altruism as motivational factors toward volunteerism among youth in Petaling Jaya, Selangor, Doi: 10.7763/IPEDR. 2012. V54. 46.