Manifestasi Tingkah Laku Sosial dan Emosi Murid Prasekolah Semasa Aktiviti Matematik Berasaskan Permainan
List of Authors
  • Kamariah Abu Bakar, Nur Ashikin Abdullah

Keyword
  • pembelajaran berasaskan permainan, matematik prasekolah, konsep nombor, sikap murid, sosial dan emosi

Abstract
  • Penguasaan konsep nombor dalam kalangan murid prasekolah merupakan asas penting yang meramalkan kemahiran matematik masa depan dan kejayaan akademik mereka Kajian ini bertujuan untuk meneroka manifestasi tingkah laku sosial dan emosi murid prasekolah semasa pembelajaran matematik berasaskan permainan yang memfokuskan kepada konsep nombor. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kes dengan pendekatan kualitatif dan pemerhatian sebagai kaedah pengumpulan data. Lokasi kajian ialah di sebuah tabika di Putrajaya dan melibatkan seramai 10 orang murid berumur lima tahun. Tiga jenis permainan matematik digunakan iaitu Tingting Nombor, Bingo Nombor dan Scrabble Nombor. Data dianalisis menggunakan analisis tematik bagi mengenal pasti corak tingkah laku murid semasa pembelajaran berlangsung. Dapatan menunjukkan pembelajaran Matematik berasaskan permainan berupaya memupuk perkembangan sosial dan emosi murid. Dari aspek sosial, murid mempamerkan nilai kerjasama, tolong-menolong dan kesabaran melalui interaksi sesama rakan. Dari aspek emosi pula, murid didapati bersemangat, fokus dan gembira semasa terlibat dalam aktiviti permainan matematik. Kesimpulannya, pembelajaran matematik berasaskan permainan berupaya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyokong perkembangan sosial dan emosi murid prasekolah, sekaligus mengukuhkan penguasaan konsep nombor mereka.

Reference
  • No References Recorded