Komunikasi positif dalam perkahwinan orang Melayu bandar di Lembah Klang
List of Authors
  • Ezarina Zakaria , Jamiah Manap , Suzana Mohd Hoesni

Keyword
  • Kepuasan perkahwinan, Melayu bandar, keluarga, komunikasi perkahwinan, komunikasi positif

Abstract
  • Komunikasi positif merupakan asas utama dalam sebuah perkahwinan yang teguh. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka bentuk komunikasi positif yang diamalkan oleh pasangan Melayu bandar di kawasan Lembah Klang. Pendekatan kualitatif grounded theory digunakan untuk memahami pola komunikasi positif. Data diperolehi menerusi temuramah separa berstruktur daripada 18 individu Melayu bandar yang tinggal di 10 lokasi yang dikategorikan sebagai kawasan membangun di daerah Lembah Klang. Selain temuramah, pemerhatian dan analisis dokumen juga telah dilakukan. Informan dipilih mengikut kriteria yang ditetapkan iaitu berkahwin kali pertama dan berstatus berkahwin, tinggal sebumbung dan sekurang-kurangnya setahun berkahwin. Hasil kajian mendapati bahawa informan mengamalkan dua jenis komunikasi iaitu komunikasi bersemuka dan komunikasi teknologi. Komunikasi bersemuka didapati digunakan untuk mengeratkan perhubungan pasangan berkahwin iaitu dengan berjenaka, berkomunikasi secara positif dan menyelesaikan konflik. Komunikasi teknologi pula digunakan individu berkahwin untuk meluahkan cinta, berhubung dengan mesra, berkongsi ilmu dan menyelesaikan masalah. Informan juga melaporkan bahawa komunikasi yang positif meningkatkan kepuasan dalam perkahwinan. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini memberikan implikasi kepada ilmu bidang psikologi yang memfokuskan kepada perkembangan dalam perkahwinan yang spesifik kepada budaya Melayu.Kajian ini juga memberikan implikasi aspek praktikal yang spesifik kepada profesion menolong seperti kaunselor, pekerja sosial dan ahli terapi yang menguruskan kes yang berkaitan dengan pasangan yang berkahwin. Kajian pada masa akan datang perlu diperbanyakkan lagi daripada aspek perkahwinan dalam budaya lain khususnya budaya bukan Barat bagi membantu mempertingkatkan kualiti kehidupan pasangan orang berkahwin dalam budaya tersebut.

Reference
  • 1. Biesen, J.N., Schooler, D.E. & Smith, D.A. 2015. What a Difference a Pronoun Makes: I/We Versus You/Me and Worried Couples’ Perceptions of Their Interaction Quality. Journal of Language and Social Psychology. 35(2), 180 – 205.
    2. Braun, V. & Clarke, V. 2006. Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2), 77-101.
    3. Cohan, C.L. & Kleinbaum, S. 2002. Toward a greater understanding of the cohabitation effect: premarital cohabitation and marital communication. Journal of Marriage and Family, 64, 80–192
    4. Fincham, F. D. & Beach, S. R. H. 2002. Forgiveness in marriage: Implications for psychological aggression and constructive communication. Personal Relationship, 9, 239-251.
    5. Furukawa, R., Driessnack, M. & Eiko Kobori, E. 2017. The Impact of a Video-Mediated Communication on Separated Perinatal Couples in Japan. Journal of Transcultural Nursing. 3(1), 19-24.
    6. Gottman, J.M. & Silver, N. (2000). The seven principles for making marriage work: A practical guide from the country's foremost relationship expert. New York: Three Revers Press.
    7. Johnson, S., & Bradley, B. (2009). Emotionally focused couple therapy: Creating loving relationships. In J. H. Bray, M. Stanton (Eds.) , The Wiley Blackwell Handbook of Family Psychology, pp. 402-415. London: Wiley Blackwell.
    8. Langdridge, D. & Hagger-Johnson, G. (2013). Introduction to research methods and data analysis in psychology. (Edisi ke-3). Singapore: Pearson.
    9. Lavner, J. A., Karney, B. R. and Bradbury, T. N. 2016. Does Couples' Communication Predict Marital Satisfaction, or Does Marital Satisfaction Predict Communication? Journal of Marriage and Family, 78, 680–694.
    10. Mark, K. P., & Jozkowski, K. N. 2013. The mediating role of sexual and nonsexual communication between relationship and sexual satisfaction in a sample of college-age heterosexual couples. Journal of Sex & Marital Therapy, 39(5), 410-427.
    11. Markman, H.J., Rhoades, G.K., Stanley, S.M., Ragan, E.P. & Whitton, S.W. 2010. The premarital communication roots of marital distress and divorce: The first five years of marriage. Journal of Family Psychology, 24(3), 289–298.
    12. Molodi, A., Shayanmehr, E.K & Niri, F.G. 2015. International Journal of Psychology and Behavioral Research, 4(3), 285-289.
    13. Moore, K. A., Jekielek, S. M., Bronte-Tinkew, J., Guzman, L., Ryan, S. & Redd, Z. (2004). What is “healthy marriage”? Defining the Concept. Child Trends Research Brief. http://www.childtrends.org/Files//Child_Trends-2004_9_1_RB_WhatIsHealthyMarr.pdf
    14. Smith, J.A. (2015). Qualitative psychology: A practical guide to research methods. (Edisi ke 3). London: Sage Publications.
    15. Tambling, R. B., Wong, A. G., & Anderson, S. R. 2014. Expectations about couple therapy: A qualitative investigation. American Journal of Family Therapy, 42(1), 29-41. Tavakolizadeh, J. & Nejatian, M. & Sooric, A. 2015. The Effectiveness of Communication Skills Training on Marital Conflicts and its Different Aspects in Women. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 171, 214-221.
    16. Tracy, S.J. 2014. Positive communication in health and wellness, The Journal of Positive Psychology. 279-280.