Penghayatan agama, sikap dan tingkahlaku agresif sewaktu memandu
List of Authors
  • Nor Alya Atifah Bt. Mohd.Yunus , Rozmi Ismail

Keyword
  • Penghayatan agama, pemanduan agresif, sikap, tingkah laku pemandu, kemalangan jalan raya

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aspek penghayatan agama dan sikap dalam mempengaruhi pemanduan agresif pemandu di Malaysia. Kajian ini dijalankan menggunakan tinjauan soal selidik yang mengukur aspek pemanduan agresif, konteks agama dalam pemanduan dan aspek tingkahlaku pemandu di Malaysia. Seramai 282 responden telah dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan yang terdiri daripada pemandu kereta dan penunggang motosikal dari pelbagai peringkat umur dan agama. Hasil analisis kajian menggunakan ujian korelasi dan khi kuasa dua mendapati bahawa kadar kemalangan dan bilangan saman yang diperoleh tidak berkait dengan pengamalan ajaran agama. Faktor jantina serta umur juga didapati tidak berkorelasi dengan penghayatan agama dan tingkahlaku agresif sewaktu memandu. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian ini jelas menerangkan bahawa aspek penghayatan agama tidak sama sekali mempengaruhi pemanduan agresif serta sikap individu sewaktu memandu. Impikasi kajian ialah dapat mengesahkan bahawa faktor agama bukan faktor utama kepada pembentukan sikap yang menyumbang kepada kemalangan jalanraya sebagaimana difahami oleh sesetengah pihak, sebaliknya ia hubungan dengan budaya dan cara hidup sesebuah masyarakat.

Reference
  • 1. Ali, S. & Sheerazb, K. 2013. Time Dynamic Characteristics for Road Crashes in Developing Countries. Fourth International Symposium on Infrastructure Engineering in Developing Countries, IEDC 2013. Procedia Engineering 77 ( 2014 ) 79 – 86 .
    2. Baron, R.A. 1977. Human Aggression. New York: Plenum Press. Chliaoutakis, J. E., Darviri , C., & Dermakakos, P. T. 1999. The impact of young drivers‟ lifestyle on their road traffic accident risk in greater Athens area. Accident Analysis & Prevention, 31(6), 771-780.
    3. Dollard, J. Doob, L. Miller N. Mowrev, O. & Sears, R. 1939. Frustration and Aggresion. Yale University Press. New Heiven, CN.
    4. Elliot, M. A. & Baughan, C. J. 2004. Developing a self-report method for investigating adolescent road user behaviour,. Transportation Research Part F. 7(6), 373-393. Indeks Kematian Jalan Raya 2004 – 2014. 2015. Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. http://www.jkjr.gov.my/ms/maklumat_keselamatan/ststik-kmlgn-jln-rya/1858-indeks-kematian-jalan-raya-2004-2014.html
    5. Ismail, M. 2011. Dangerous driving is rooted in UAE culture, poll suggests. The National. http://www.thenational.ae/news/uae-news/dangerous-driving-is-rooted-in-uae-culture-poll-suggests
    6. Jovanovic, D. Stanojevic, P. Stanojevic, D. 2011. Motives for, and Attitudes about, Driving- Related Anger and Aggressive Driving. Social Behavior and Personality.39(6),755- 764.
    7. Miles, D.E. Johnson, G, L. 2003. Aggressive driving behaviors: are there psychological and attitudinal predictors? Transportation Research Part , 147- 161.
    8. Road Traffic Accidents. World Health Rankings. 2014. http://www.worldlifeexpectancy.com/ cause-of-death/road-traffic-accidents/by- country/
    9. Murad, D. 2014. Malaysia has 17th most dangerous roads in the world, according to Michigan university research. The Star Online. http://www.thestar.com.my/news/nation/2014/02/22/nations-with-deadliest- roads-malaysia-17th/
    10. Nabipour, A. R, Khanjani, N. Nakhaee, N. Moradlou, H. Z. Sullman, M. J.M. 2015. The relationship between religion and the on-road behaviour of adolescents in Iran.
    11. Transportation Research Part F, 113-120
    12. Suliman, M. R. Awad, W. H. (n.d). Aggressive Driving is a Major Cause of Traffic Accidents and Road Rage in Jordan. Proceedings of the Social International Driving Simposium oh Human Factors in Driver Assessment, Training and Vehicle Design, 182-187.
    13. Traffic attitudes and the careful way of Japanese Driving. Traffic Safe. http://trafficsafe.org/index.php/traffic-attitudes-and-the-careful-way-of- japanese-driving-4923/
    14. Yildrim, Z. (2007). Religiousnes, conservatism and their relationship with traffic behaviours (Master thesis). Middle East Technical Univesity.