Hubungan antara pengetahuan dan sikap mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap golongan Orang Kurang Upaya
List of Authors
  • Noordeyana Tambi , Nur Aqilah Natasha Hazan

Keyword
  • Pengetahuan, sikap, golongan Orang Kurang Upaya (OKU), mahasiswa, kuantititatif

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan sikap mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Hal ini kerana budaya tempatan yang mengamalkan sikap prejudis terhadap golongan OKU amat sukar dikikis jika generasi kini tidak memahami dan menjiwai kehidupan yang dialami oleh golongan OKU. Ketidakfahaman masyarakat umum kepada golongan OKU menjadikan mereka cenderung menunjukkan sikap dan tingkah laku yang negatif terhadap golongan OKU. Justeru, kajian ini dilakukan bertujuan mengukur sejauhmana mahasiswa UKM mempunyai pengetahuan tentang golongan OKU dan menunjukkan sikap yang positif terhadap golongan OKU. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan soal selidik yang telah diedarkan kepada 260 sampel daripada 12 program iaitu pelajar Tahun 3 di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM. Hasil analisis data mendapati tahap pengetahuan dalam kalangan mahasiswa Tahun 3 FSSK adalah tinggi dengan min=3.00 dan sikap (min=3.21) terhadap golongan OKU dengan nilai korelasi, r=.460**. Dapatan ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan yang tinggi mengenai golongan OKU akan dapat membentuk sikap yang positif terhadap golongan OKU. Implikasi kajian ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan sikap mahasiswa terhadap mahasiswa OKU yang turut sama dalam menuntut ilmu di peringkat pengajian tinggi sebagai persediaan melangkah ke alam pekerjaan dan dunia sebenar

Reference
  • 1. Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
    2. Anon. 2009. Kajian OKU di IPT Siap Akhir Tahun. Utusan Online, 9 November: 9. Bandura, A. 1997. Social Learning Theory. New Jersey: Prentice-Hall.
    3. Ferlis Bahari, Mohd. Dahlan, Jasmine Adela, Lineker ak Takom. 2014. Peranan Model Sosial Mengenai Kekurangupayaan Dengan Peningkatan Kualiti Hidup Dan kesejahteraan Orang Kurang Upaya di Malaysia. Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014. Universiti Malaysia Sabah. 11 Disember.
    4. Ferlis Bin Bullare @ Bahari, Mohd. Dahlan A. Malek, Jasmine Adela Mutang, Lineker ak Takom, Rosnah Ismail, Fariz A. Rani. 2014. Peranan Model Sosial Mengenai Kekurangupayaan dengan Peningkatan Kualiti Hidup dan kesejahteraan Orang Kurang Upaya di Malaysia. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014.Universiti Malaysia Sabah, 11 Disember.
    5. Ferlis bin Bullare@ Bahari & Fariz A. Rani. 2014. Pelaksanaan Program Disability Equality Training (DET) dalam memberikan Pengetahuan dan Kesedaran kepada Masyarakat mengenai Isu Kekurangupayaan. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014. Universiti Malaysia Sabah, 11 Disember.
    6. Hasliza Hassan. 2015. Prasarana mesra OKU di masjid masih kurang. Berita Harian, 7 November: 2015.
    7. Hasnah Toran, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Taha & Norasuzaini Sujak. 2009. Sokongan dan Halangan yang dihadapi Pelajar-pelajar Kurang Upaya di sebuah Institusi Pengajian di Malaysia. ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education Vol 1, No 2: 18-29.
    8. Hasnah Toran, Tajul Arifin Muhamad, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar & Nur Hazwani Hamzah. 2011. Pengetahuan dan Sikap Rakan Sebaya terhadap Pelajar Kurang Upaya di sebuah IPTA di Malaysia. ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education Vol. 2, No.2, 22-34. Hazlin Falina Rosli, Wan Amizah Wan Mahmud & Maizatul Haizan Mahbob. (2015) Realiti dan Kesamarataan Hak Orang Kelainan Upaya (OKU) di Malaysia. Kertas Kerja Seminar Mention 2015, Universiti Kebangsaan Malaysia, 5 & 6 Oktober.
    9. Lineker ak Takom, Ferlis Hj. Bahari & Nurul Hudani Md. Nawi. 2014. Peranan atau Tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat Dalam Menangani Isu Pengabaian dan Penderaan Dalam Kalangan Anak Oku. Kesihatan Mental Ibu Bapa Kanak-Kanak OKU: Kajian Awal. Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014. Universiti Malaysia Sabah. 11 Disember.
    10. Manisah Mohd. Ali & Zaleha Saadi. 2011. Kesediaan dan Penerimaan Para Pengajar Terhadap Mahasiswa/Mahasiswi Berkeperluan Khas di Institusi Pengajian Tinggi. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012. Johor Bahru, 7-9 Oktober.
    11. Norfatihah Syed Ali & Ferlis Hj. Bullare @ Bahari. 2014. Peranan Integriti dalam Sistem Sokongan Orang Kurang Upaya Fizikal. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014. Universiti Malaysia Sabah, 11 Disember,
    12. Seow Ta, S. Shalini, Mohd Nur Syufaat, Zainal Zulhilmi, Abidin & Siti Aminah. 2013. Kajian Awal Terhadap Penyediaan Fasiliti Orang Kurang Upaya (OKU) Di Taman Negara Negeri Johor: Kajian Kes Di Pulau Kukup, Tanjung Piai, Gunung Ledang Dan Endau-Rompin (Peta). Prosiding Seminar Serantau Ke-2 Pengurusan Persekitaran di Alam Melayu. Indonesia. 6-7 Mei.
    13. Shalini. S & Wee. S. T. 2011. Kajian Penyediaan Fasiliti Orang Kurang Upaya (OKU) di Institusi Kerajaan di Nusajaya, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor.
    14. Tinklin, T. & Hall, J. 1999. Getting round obstacle: disabled students’ experiences in higher education in Scotland. Studies in Higher Education, 24(2), 183-194.