Amalan persekitaran selamat kanak-kanak dalam kalangan pengasuh di rumah yang tidak berdaftar
List of Authors
  • Ezarina Zakaria , Maisarah Ali , Norulhuda Sarnon

Keyword
  • Persekitaran selamat, pengasuh tidak berdaftar, pengasuh di rumah, kanak-kanak, kualitatif

Abstract
  • Isu kecederaan kanak-kanak di rumah pengasuh seringkali menimbulkan kerisauan dan dilema bagi ibu bapa bekerja. Walaupun kerajaan telah menetapkan perlunya pendaftaran dilakukan oleh pengasuh di rumah jika bilangan kanak-kanak adalah melebihi empat orang, namun masih ramai pengasuh yang tidak berdaftar dan menjalankan operasi mengasuh kanak-kanak. Kajian kualitatif dengan rekabentuk single case ini bertujuan untuk meneroka amalan persekitaran selamat dalam kalangan pengasuh tidak berdaftar. Kaedah temubual mendalam dengan menggunakan soalan semistruktur telah digunakan dalam pengumpulan data. Pemerhatian tidak turut serta pula digunakan sebagai triangulasi dalam kajian ini. Kaedah persampelan adalah persampelan bertujuan yang melibatkan seramai lima orang pengasuh kanak-kanak di rumah dengan kriteria yang telah ditetapkan. Hasil kajian menggunakan analisis cross-case ini menunjukkan bahawa terdapat lima tema yang menggambarkan amalan pengasuh tidak berdaftar iaitu (i) mengutamakan kebersihan (ii) peka terhadap alatan berbahaya (iii) berusaha ke arah persekitaran selamat (iv) kurang persediaan kecemasan dan (v) penglibatan ahli keluarga pengasuh. Selain daripada itu, terdapat dua tema penting muncul berkaitan dengan amalan keselamatan kanak-kanak iaitu (i) kenakalan kanak-kanak menambah risiko dan (ii) keperluan kerjasama ibu bapa. Langkah memperbaiki amalan persekitaran selamat dalam kalangan pengasuh tidak berdaftar dibincangkan terutama keperluan kemahiran dan penguatkuasaan dasar kerajaan.

Reference
  • 1. Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308).
    2. Angela A.C, Jeon, S. & Marjorie, S.R. (2013). Health and Safety of Child Care Centers: An Analysis of Licensing Specialists' Reports of Routine, Unannounced Inspections.American Journal of Public Health, Vol. 103 (10),52-58.
    3. Bang, K. S.(2005). Attitude, Knowledge, and Practice of Safety and Related Factors of Teachers in Child Care Centers. Korean Journal of Child Health Nursery. Jan;11(1):43-53.
    4. Bennett, J. (2008). Benchmarks for early childhood services in OECD countries. IWP-2008-02, UNICEF Innocenti Research Centre, Florence.
    5. Bradley, R.H & Vandell D. L. (2007). Child care and the wellbeing of children. Pediatric Adolescent Medcine. 161 (7):669-676.
    6. Davis, E. E., & Connelly, R. (2005). The influence of local price and availability on parents’ choice of child care. Population Research and Policy Review, 24, 301–334
    7. Federal Interagency Forum on Child and Family Statistics. America’s Children: Key National Indicators of Well-Being, Washington, DC: US Government Printing Office. http:// www.childstats.gov/pdf/ac2013/ac_13.pdf. Diakses pada 3 November 2017.
    8. Feierabend, A & Staffelbach, B. (2016). Crowding Out Reciprocity Between Working Parents And Companies With Corporate Childcare. Human Resource Management, September–October 2016, Vol. 55 (5)771–787
    9. Kamaruddin, K, Ibrahim, M.N., Muhammad, K., Nordin, A.B., & Samad, N. (2003) Kajian Ke Atas Perlaksanaan Taska Di Malaysia: Implikasi Terhadap Polisi Dan Program Yang Disediakan. Project Report. Universiti Pendidikan Sultan Idris
    10. Lee, M.B & Greig,J.D. (2012). A review of enteric outbreaks in child care centers: effective infection control recommendations. Jurnal of Environmental Health. 2008;71(3),24-32
    11. Leslie, L. A., Ettenson, R., & Cumsille, P. (2000). Selecting a child care center: What really matters to parents? Child & Youth Care Forum, 29, 299–322.
    12. Peyton, V., Jacobs, A., O’Brien, M., & Roy, C. (2001). Reasons for choosing child care: Associations with family factors, quality, and satisfaction. Early Childhood Research Quarterly, 16, 191–208.
    13. Posner, J.C., Hawkins, L.A., Garcia-Espana, F., & Durbin, D.R. (2004). A Randomized, Clinical Trial of a Home Safety Intervention Based in an Emergency Department Setting. Pediatrics; Volume 113 (6), 23-30. Rosenthal, M.S, Jeon, S., & Crowley, A.A (2016). Health and Safety in Family Day Care Homes: Association Between Regulatory Non-compliance and Lower Median Income Maternal Child Health Journal 20:984–992 DOI 10.1007/s10995-015-1883-y
    14. Rozmi Ismail, Ismail Maakip, Wan Shahrazad, Wan Azreena. 2002. Kanak-Kanak Dan Pengetahuan Mengenai Aspek-Aspek Keselamatan Diri. Jurnal Psikologi Dan Pembangunan Manusia. 18: 95-117.
    15. Rusmailani. 2014. Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak: Perbandingan Antara TASKA di Lembah Klang. Tesis Dr. Fal, Pusat Penylidikan Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia
    16. Sandseter, E.B.H & Sando, O.J. (2016). “We Don’t Allow Children to Climb Trees” How a Focus on Safety Affects Norwegian Children’s Play in Early-Childhood Education and Care Settings. American Journal of Play, volume 8, (2), 54-62.
    17. Santrock, J. W. (2009). Children. New York: McGraw-Hill Higher Education.
    18. Vandell, D. L. & Wolfe, B. (2000). Child Care Quality: Does It Matter and Does It Need to Be Improved? Institute for Research on Poverty Special.
    19. Waibel R, Misra R. Injuries to preschool children and infection control practices in childcare programs. Journal of School and Health;73(5):167-172.