Pembangunan Kit Visual Sebagai Bahan Bantu Mengajar bagi Topik Pelan dan Dongakan Tingkatan 3: Analisis Keperluan
List of Authors
  • Nur Hamiza Adenan, Nur Maisarah Hamimi Mohd Zin

Keyword
  • Pelan dan Dongakan, kit VisualMath 3D, murid tingkatan tiga

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah, keperluan serta pandangan murid tingkatan tiga terhadap pembangunan kit VisualMath 3D bagi topik Pelan dan Dongakan. Kajian tinjauan ini melibatkan seramai 61 orang murid di daerah Lenggong yang dipilih secara rawak bertujuan. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian: demografi responden dan soal selidik keperluan. Hasil dapatan menunjukkan murid menghadapi pelbagai cabaran seperti kesukaran melukis dengan tepat, kekeliruan antara pelan dan dongakan, serta kesukaran menggunakan alat geometri. Majoriti murid bersetuju dengan keperluan membangunkan model kit VisualMath 3D bagi membantu mereka meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah secara visual dan praktikal. Antara ciri utama yang dicadangkan ialah penggunaan warna atau tekstur berbeza, panduan visual, kod QR interaktif, dan alat melukis mini. Aktiviti yang dicadangkan termasuk aktiviti susun dan cantum serta eksplorasi pandangan asas. Selain itu, bentuk pentaksiran yang disarankan menekankan aspek pandangan pelan dan dongakan, kemahiran manipulatif, serta penyelesaian masalah dalam cabaran geometri. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menunjukkan keperluan yang tinggi terhadap penggunaan kit visual interaktif dalam membantu pembelajaran topik Pelan dan Dongakan secara lebih berkesan.

Reference
  • No Data Recorded