Penerimaan mangsa rogol statutori terhadap diri sendiri dan pelaku rogol: satu kajian kes
List of Authors
  • Ezarina Zakaria , Nor Jana Saim , Norulhuda Sarnon , Nur Farrah Alya Zakaria

Keyword
  • Rogol Statutori, penerimaan mangsa rogol, penerimaan terhadap pelaku rogol statutori, pandangan ke atas hubungan seks statutori, remaja

Abstract
  • Rogol statutori juga dikenali sebagai rogol bawah umur iaitu apabila seorang lelaki melakukan hubungan seks dengan gadis yang berumur bawah 16 tahun, dengan atau tanpa kerelaan gadis tersebut. Masih kurang kajian yang memberi penekanan kepada penerimaan remaja yang menjadi mangsa rogol statutori terhadap diri sendiri dan juga penerimaan mangsa terhadap pelaku rogol statutori itu. Kajian ini bertujuan meneroka penerimaan mangsa terhadap status diri setelah dirogol. Aspek penerimaan dikenalpasti menerusi i) interpretasi tentang hubungan seks luar nikah, ii) penerimaan terhadap status diri sebagai mangsa rogol statutori dan iv) penerimaan terhadap pelaku rogol statutori. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan temubual berstruktur sebagai kaedah pengumpulan data. Seramai enam orang remaja di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID) telah dipilih secara bertujuan sebagai informan. Data dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil daripada penelitian mendapati mangsa kebanyakannya rela melakukan hubungan seks, namun kemudiannya mangsa lebih banyak bersendirian, merasa takut sekiranya hamil, marah kepada diri sendiri dan semakin banyak terlibat dengan masalah sosial seperti merokok serta mengambil minuman keras. Data tentang penerimaan mangsa terhadap pelaku rogol statutori pula mengeluarkan dua tema utama iaitu i) informan menerima pelaku kerana perasaan cinta dan ii) bagi yang tidak menerima perbuatan pelaku adalah disebabkan hilang kepercayaan kepada pelaku yang dianggap sebagai keluarga. Hasil penerokaan ini memberi implikasi pentingnya intervensi lebih holistik diberikan kepada mangsa rogol statutori. Penerimaan tinggi ke atas hubungan yang berlandaskan perasaan cinta berupaya mendorong remaja terjebak semula.Penekanan yang lebih perlu diberikan kepada bagaimana mengubah persepsi penerimaan mangsa terhadap hubungan statutori yang salah di sisi undang-undang.

Reference
  • 1. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2003. Gejala sosial dalam masyarakat Islam: Punca dan penyelesaian. Utusan Publications And Distributors Sdn. Bhd.
    2. Atkinson, M. 2008. A parent’s guide to helping a daughter who has been raped.
    3. Azizah Mat Rashid & Nor ‘Adha Abd Hamid. 2014. Undang-Undang Jenayah Syariah: Suatu sorotan berhubung kesalahan akhlak. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
    4. Azizah Othman & Azelin Aziz. 2004. Fenomena sumbang mahram di kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM).
    5. Beck, V.S. & Boys, S. (2012). Romeo & Juliet : Star-crossed lovers or sex offenders? Criminal Justice Policy Review. 24 : 655-675.
    6. Berliner, L. 2002. Confronting an uncomfortable reality. APSAC Advisor (Special Issue): The compliant child victim. Vol 14(2) : 2-3
    7. Bierie, D.M. & Budd, K.M. (2016). Romeo, juliet and statutory rape. Sexual Abuse : A Journal of Research and Treatment. 1-26
    8. Cohen, M. (2012). No child left behind bars : The need to combat cruel and unusual punishment of state statutory rape laws. Journal of Law and Policy. 16 : 717-756
    9. Committee on Adolescence (2001). Care of the adolescent sexual assault victim. Paediatrics. 107 (6) : 3-12
    10. Denov, M. (2003). The myth of innocence : Sexual scripts and the recognition of child sexual abuse by female perpetrators. The Journal of Sex Research. 40 (3) : 303 – 314.
    11. Dollar, K. Perry, A. Fromuth, M. & Holt, A. (2004). Influence of gender roles on perceptions of teacher/adolescent student sexual relations. Sex Roles. 50 (1) : 91 – 101.
    12. Fromuth, M., Holt, A. & Parker, A. (2001). Factor affecting college students’ perceptions of sexual relationships between high school students and teachers. Journal of Child Sexual Abuse. 10 (3) : 59 – 73.
    13. Fuller, G. 2016. Non-offending Parents As Secondary Victims Of Child Sexual Assault. Australian Government.
    14. Gurko. T.A. 2004. Underage females’ experiences of sexual relations, motherhood, and married life. Russian Social Science Review. Vo 46(4) : 21-40.
    15. Hetu, V. (2014). Reflections on the society’s reaction towards rape victims in Delhi City. TEMIDA : 3-26
    16. Hines, D. & Finkelhor, D. (2017). Statutory sex crime relationships between juveniles and adults : A review of the social scientific research. Aggression and Violent Behavior. 12 : 300 -314.
    17. Horvath, M. & Ginner-Sorolla, R. (2007). Below the age of consent : Influences on moral and legal judgements of adult-adolescent sexual relationships. Journal of Applied Social Psychology. 37 (12) : 2980 – 3009.
    18. Izenberg, N. 2016. If your child is raped. The Nemours Foundation.
    19. Jones, L.M., Cross, T.P., Walsh, W. & Simone, M. (2005). Criminal investigations of child abuse : The research behind best practices. Trauma, violence and abuse. 6(3) : 254-268
    20. Klein, J.L. & Cooper, D.T. (2017). Do perceptions of statutory rape vary based on offender and victim pairings? Testing the effects of race and gender. Applied Psychology in Criminal Justice. 13(1) : 33 – 50.
    21. Koon-Magnin, S. & Ruback, R.B. (2013). The perceived legitimacy of statutory rape laws : The effects of victim age, perpetrator age, and age span. Journal of Applied Social Psychology. 43 : 1918-1930
    22. Lanning, K.V. (2002). A law enforcement perspective on the compliant child victim. APSAC Advisor (Special Issue): The compliant child victim. Vol 14(2) : 4-9
    23. Lim, J., Kooi, L. C., Yen, B. & Cheng, L. K. 2002. Working with rape survivors: A Handbook. Women’s Centre for Change (WCC), Penang.
    24. Manlove, J., Moore, K., Liechty, J., Ikramullah, E. & Cottingham, S. (2005). Sex between young teens and older individuals : A demographic portrait. Washington DC : Child Trends.
    25. Manlove, J.S., Ryan, S., & Franzetta, K. (2007). Risk and protective factors associated with the transition to a first sexual relationship with an older partner. Journal of Adolescent Health. 40 : 135 – 143.
    26. Motjebede, N.J. (2009). The social support network of teenage mothers in Botshabelo. Thesis for the degree of Master of Social Work, University of Stellenbosch.
    27. Nasrudin Subhi, Radhiah Abu Bakar, Norazura Ahmad, Suzana Mohd Hoesni, Fauziah Ibrahim & Mohd Suhaimi Mohamad. 2012. Hubungan seksual remaja: Antara cinta dan nafsu. Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi, Selangor. Nor Shafrin Ahmad. 2007. Mengenalpasti indikator tingkah laku mangsa penderaan seksual. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia : Pulau Pinang
    28. Nor Shafrin Ahmad. 2012. Mangsa dera seksual. Universiti Sains Malaysia : Pulau Pinang.
    29. Rosdi Yusof. 2002. Kajian perbandingan jenayah rogol dan sumbang mahram di Malaysia : Penyelesaiannya menurut perspektif Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi, Selangor.
    30. Sable, M.R., Danis, F., Mauzy, D.L. & Gallagher, S.K. (2006). Barriers to reporting sexual assault for women and men : Perspectives of college students. Journal of American College Health. 55 (3) : 157 – 162.
    31. Sahl, D. & Keene, J.R. (2010). The sexual double standard and gender differences in predictors of perceptions of adult-teen sexual relationships. Sex Roles. 62 (3) : 264 – 277.
    32. Sahl, D. & Keene, J.R. (2012). The effects of age, authority and gender on perceptions of statutory rape offenders. Journal of Interpersonal Violence. 27 (8) : 3701 – 3722.
    33. Salamatussaadah Abd. Ghadur & Nor Ba’yah Abdul Kadir. 2009. Hubungan romantik dan remaja hamil luar nikah di pusat pemulihan. Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi, Selangor.
    34. Salina Nen, Fauziah Ibrahim, Suzana Mohd Hoesni & Zaizul Abdul Rahman. 2012. Kajian kes inses bapa-anak perempuan: memahami pengalaman dari perspektif mangsa. Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi, Selangor.
    35. Sisca, H. & Moningka, C. 2008. Resiliensi perempuan dewasa muda yang pernah mengalami kekerasan seksual di masa kanak-kanak. Universiti Kristen Krida Wacana, Jakarta.
    36. Troup-Leasure, K. & Snyder, H. N. 2005. Statutory rape known to law enforcement. Washington, DC : Office of Juvenile Justice and Delinquency Prevention.
    37. Ummi Ridha Abu Bakar. 2005. Jenayah rogol terhadap kanak-kanak menurut perspektif Islam dan undang-undang ciptaan : Kajian kes dari tahun 2000 hingga 2004 di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi, Selangor.
    38. Zaizul Ab. Rahman, Zakaria Stapa, Mohd Nasir Omar, Ahmad Sunawari Long, Faudzinaim Badaruddin, Jaffary Awang, Mazlan Ibrahim, Indriaty Ismail, Norul Huda Sarnon @ Kusenin, Suzana Mohd Hoesni, Ab. Aziz Mohd Zain, Fakhrul Adabi Abdul Kadir & Norrodzoh Siren. 2011. Fenomena rogol menurut pandangan ulama Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi, Selangor.
    39. Zakiyah, J. Abd. Razak, A.M. & Rusimah, S. (2016). Isu dan cabaran dalam kalangan remaja hamil tanpa nikah di institusi pemulihan. Jurnal Pembangunan Sosial 1(19) : 117-129.