Pengaruh Bahasa Inggeris dan Kecemerlangan Pelajar
List of Authors
  • Normala Ismail

Keyword
  • Kecemerlangan Akademik; Pelajar; Bahasa Inggeris

Abstract
  • Kecemerlangan akademik merupakan objektif utama bagi setiap pelajar dan ianya diukur melalui pencapaian keputusan peperiksaan setiap semester. Universiti Teknologi MARA (UiTM) menggunakan kaedah Himpunan Purata Gred Keseluruhan (HPGK) untuk mengukur prestasi akademik para pelajar dalam pembelajaran. Di samping itu, UiTM telah menetapkan Bahasa Inggeris sebagai medium utama bagi seluruh sistem pengajian dan peperiksaan melibatkan semua fakulti dan kursus. Oleh itu, prestasi HPGK seorang pelajar di UiTM akan dipengaruhi oleh faktor bahasa pengantaraan tersebut iaitu Bahasa Inggeris. Kajian ini menguji sama ada jantina, kampus dan program pengajian membezakan pencapaian HPGK pelajar. Selain itu, kajian menilai sejauh mana Bahasa Inggeris memberi kesan kepada HPGK seseorang pelajar serta mengenal pasti aspek dalam penguasaan Bahasa Inggeris yang paling dominan mempengaruhi kecemerlangan dalam kalangan pelajar. Selanjutnya, kajian ini juga mengukur sama ada tahap penggunaan Bahasa Inggeris, sikap, motivasi, program pengajian dan cabaran mempengaruhi prestasi akademik pelajar. Hasil kajian mendapati pencapaian HPGK didasari oleh program pengajian. Manakala, faktor jantina dan kampus pula tidak dapat membezakan pencapaian tersebut. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan hanya aspek ulasan dalam penguasaan Bahasa Inggeris dan motivasi mempengaruhi secara signifikan pencapaian kecemerlangan akademik para pelajar.

Reference
  • No Data Recorded