Psikologi tingkah laku seks yang berbahaya dalam kalangan lelaki dewasa Malaysia yang belum berkahwin
List of Authors
  • Danish Yusrie Mohd Khairul , Mohammad Rahim Kamaluddin

Keyword
  • Profil psikologi, ketagihan seks, tingkah laku seksual, personaliti, kebimbangan, kawalan diri

Abstract
  • Penularan jenayah seksual yang disebabkan oleh tingkah laku seksual yang berbahaya memberi impak negatif kepada pembentukan komuniti yang sihat. Oleh yang demikian, kajian lanjut yang melibatkan aspek dalaman seperti faktor psikologi perlu dikaji bagi mengenalpasti tret-tret psikologi yang mendorong ke arah tingkah laku seks yang berbahaya dan berlebihan dalam seseorang individu. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membina sebuah profil psikologi ketagihan seks dalam kalangan lelaki dewasa Malaysia yang belum berkahwin. Demi mencapai objektif utama kajian ini, dua objektif khusus telah direka iaitu penjanaan profil tingkah laku seksual dan juga mengenalpasti perbezaan signifikan skor min profil psikologi mengikut jenis tingkah laku seksual yang dilakukan dalam kalangan responden. Kajian ini dilakukan melalui kaedah kuantitatif iaitu metod survei dengan menggunakan borang soal selidik yang merangkumi profil tingkah laku seksual, Depression, Anxiety and Stress Scales (DASS-21), Zuckerman Kuhlman Personality Questionnaire-40-Cross-Culture (ZKPQ-M-40-CC) dan Self-Control Scale (SCS-M). Borang soal selidik ini diedarkan kepada 120 orang responden dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Hasil dapatan kajian ini yang dianalisis menggunakan Ujian T Sampel Bebas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan dalam skor min profil psikologi (Impulsive Sensation Seeking, Neuroticism-Anxiety, Kebimbangan, Kemurungan dan Tekanan) bagi kebanyakan jenis tingkah laku seksual yang ditunjukkan oleh responden. Dapatan kajian ini dibincangkan dalam konteks psikologi dan juga tingkah laku seksual. Dapatan kajian ini mampu memberikan input yang berguna kepada pihak psikologi, klinikal dan juga kaunseling bagi tujuan pembangunan rawatan dan intervensi untuk masalah-masalah yang berkaitan dengan tingkah laku seksual.

Reference
  • 1. Alphonsus Yong Sie Hing. 2003. Pengetahuan Seks Dan Sikap Terhadap Seks Di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Jabatan Psikologi: UKM.
    2. Alves, A. S. & Lopes, M. H. B. M. 2010. Locus of Control and Contraceptive Knowledge, Attitude and Practice Among University Students. Journal of Rev Saude Publica, 44(1), 39-44.
    3. Brown, L. K., DiClemente, R. J. & Park, T. 1992. Predictors Of Condom Use In Sexually Active Adolescents. Journal of Adolescent Health, 13, 651-657.
    4. Cheung, G. 2007. Stability of the harm avoidance personality trait in late-life depression. Int Psychogeriatr, 19 (4), 778–80.
    5. Derbyshire, K. L., & Grant, J. E. 2015. Compulsive Sexual Behavior: A Review of the Literature. Journal of Behavioral Addictions, 4(2), 37–43.
    6. Hushim Salleh., Che Ruzana Che Din & Rosni Bt. Kadir. 2006. Pendidikan seksual dalam menangani permasalahan seksual mahasiswa di IPT: satu tinjauan kaunseling. Jabatan Pedagogi Dan Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
    7. Hoyle, R. H., Fejfar, M. C. & Miller, J. D. 2000. Personality and sexual risk-taking: a quantitative review. Journal of Personality, 68, 1203–1231.
    8. Hull J., G. & Slone L., B. 2004. Alcohol and self-regulation. In Baumeister RF, Vohs KD (Ed.), Handbook of self-regulation. New York: Guilford Press.
    9. Khan M. R., Kaufman J. S., Pence B. W., Gaynes B. N., Adimora A. A., Weir S. S., Miller W.C. 2009. Depression, Sexually Transmitted Infection, and Sexual Risk Behavior among Young Adults in the United States. Arch Pediatr Adolesc Med, 163, 644–652.
    10. Mohamad Faizal & Mohd Zaki. 2014. Gejala hubungan seks dalam kalangan pelajar: satu kajian kes. Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014. Malaysia.
    11. Mohammad Rahim Kamaluddin, Azizah Othman, Khaidzir Ismail, Geshina Ayu Mat Saat. 2016. Aggression profiles of incarcerated Malaysian male murderers. Akademika, 86 (2), 137-147.
    12. Mohammad Rahim Kamaluddin, Nadiah Syariani Md Shariff & Geshina Ayu Mat Saat. 2013. Health Environmental Journal, 4 (2), 37-52.
    13. Mohammad Rahim Kamaluddin, Nadiah Syariani Md Shariff, Azizah Othman & Geshina Ayu Mat Saat. 2013. Education in Medicine Journal, 5 (4), online.
    14. Mohammad Rahim Kamaluddin, Nadiah Syariani Mohd Shariff, Azizah Othman, Khaidzir Ismail, Geshina Ayu Mat Saat. 2015. Associations between low self-control and aggression among Malaysian male prisoners. ASEAN Journal of Psychiatry, 16 (2), 135-147.
    15. Mohammad Rahim Kamaluddin, Nadiah Syariani Mohd Sharif, Nurul Hazrina Mazlan, Azizah Othman, Khaidzir Ismail, Geshina Ayu Mat Saat. 2014a. Personality profiles of Malaysian male prisoners convicted of murder. The Malaysian Journal of Psychiatry, 23 (1), online early.
    16. Mohammad Rahim Kamaluddin, Nadiah Syariani Mohd Sharif, Nur-Farliza, Azizah Othman, Khaidzir Ismail, Geshina Ayu Mat Saat. 2014b. Psychological traits underlying different killing methods among Malaysian male murderers. Malaysian Journal of Pathology, 36, 41-50.
    17. Mohammad Rahim Kamaluddin & Wan Shahrazad Wan Sulaiman. 2017. Teknik Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Ujian Psikologi. Malaysia: Penerbit UKM.
    18. Mota, N.P., B.J. Cox, L.Y. Katz., & J. Sareen. 2010. Relationship between mental disorders/suicidality and three sexual Behaviors: Results from the National comorbidity survey replication. Arch. Sexual Behav, 39, 724-734. Noar S. M., Zimmerman R.S., Palmgreen P., Lustria M., & Horosewski M. L. 2006. Integrating personality and psychosocial theoretical approaches to understanding safer sexual behavior: implications for message design. Health Commun, 19(2),165-74.
    19. Raja Syahrir Abu Bakar, Marzita Abdullah, & Kamil Maslih. 2012. 2,419 kes seksual, rogol. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0419&pub=utusan_malaysia &sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm [19 April 2012].
    20. Ramli Musa., Mohd Ariff Fadzil, & Zaini Zain. 2007. Translation, validation and psychometric properties of Bahasa Malaysia version of the Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS). ASEAN Journal of Psychiatry, 8 (2), 82-89.
    21. Robinson, D.M., Eagle, D., Economidou, D.E., Theobald, A.C., Mar, E.R., Murphy, T.W., Robbins, J.W. & Dalley. 2009. Behavioural characterisation of high impulsivity on the 5-choice serial reaction time task: specific deficits in ‘waiting’ versus ‘stopping’. Behav Brain Res, 196, 310–316.
    22. Shrier L. A., Harris S. K., & Beardslee W. R. 2002. Temporal associations between depressive symptoms and self-reported sexually transmitted disease among adolescents. Arch Pediatr Adolesc Med, 156, 599–606.
    23. Utusan Online, 4 Disember 2014. “Bilangan Anak Luar Nikah Meningkat” http://m.utusan.com.my/berita parlimen/bilangan-anak-luar-nikah-meningkat- 1.32383. Capaian pada 14 Ogos 2016.
    24. Valerie Burge et al. 1995. Drug Use, Sexual Activity, and Suicidal Behavior in U.S. High School Students. The Journal of School Health, 65, 6, 222-227.
    25. Voisin, D. R., Neilans, T. B., Salazar, L. F., Crosby, R. & DiClemente, R. J. 2008. Pathways To Drug And Sexual Risk Behaviours Among Detained Adolescent. Journal of Social Work Research, 32(3), 147-157.
    26. Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan. 2011. Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Journal of Education Psychology & Counseling, 115-140.
    27. Zaizul Ab. Rahman, Zakaria Stapa, Mohd Nasir Omar, Ahmad Sunawari Long, Faudzinaim Badaruddin, Jaffary Awang, Mazlan Ibrahim, Indriaty Ismail, Norul Huda Sarnon @ Kusenin, Suzana Mohd Hoesni, Ab. Aziz Mohd Zain, Fakhrul Adabi Abdul Kadir & Norrodzoh Siren. 2011. Faktor-faktor dalaman penyebab berlakunya jenayah rogol menurut ulama Islam di Malaysia. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara. Malaysia.
    28. Zuckerman M. 2002. Zuckerman-Kuhlman Personality Questionnaire (ZKPQ): An Alternative Five-Factorial Model. In B. de Raad & M. Perugini. Big Five Assessment (PDF). Hogrefe & Huber Publishers, 377–396.