Keberkesanan Pemodelan Video Dengan Sokongan Virtual Meningkatkan Kemahiran Mengurus Diri Murid Sindrom Down
List of Authors
  • Madhya Zhagan

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian lepas mendapati kekurangan kajian dijalankan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran mengurus diri. Reka bentuk subjek tunggal (A-B-A) digunakan untuk meninjau kesan pemodelan video dengan sokongan gambar terhadap tiga orang murid Sindrom Down (SD) berumur 10 tahun dalam penguasaan kemahiran mengurus diri (kemahiran penjagaan diri, pengetahuan pemakanan, dan pengetahuan seksualiti) dan bertujuan untuk meninjau sejauhmanakah pemodelan video dengan sokongan gambar membantu murid SD. Dapatan kajian menunjukkan pemodelan video dengan sokongan gambar telah meningkatkan penguasaan kemahiran mengurus diri dalam kalangan murid SD, di samping itu pengekalan kemahiran pada hari yang selepasnya. Hasil ini dapat disimpulkan bahawa pemodelan video dengan sokongan gambar adalah berkesan di mana skor min selepas intervensi telah meningkat.


Reference
  • No Data Recorded