Memahami Kontekstual Hadith-Hadith Peperangan
List of Authors
  • Mohd Nor Adli Osman , Roshimah Shamsudin

Keyword
  • Hadith, Peperangan, Al-Mutaghiyyirat, Al-Thawabit, Asbab Al-Wurud

Abstract
  • Hadith merupakan sumber hukum kedua selepas Al-Quran. Justeru, untuk menjadikan hadith sebagai sumber hukum, perkara yang perlu diambil berat adalah memahami hadith secara holistik. Ini disebabkan, terdapat sebahagian hadith itu bersifat al-mutaghayyirat yang memerlukan memahami berdasarkan kontekstual pensabdaan Nabi SAW dan terdapat juga hadith yang bersifat thawabit iaitu bersifat kekal ketika pensabdaan Nabi SAW. Oleh yang demikian, antara hadith yang bersifat al-mutaghayyirat adalah berkisarkan tentang peperangan atau jihad. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hadith-hadith peperangan supaya teks sesuatu hadith tersebut dapat dilihat dengan lebih meluas. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini mengaplikasikan kaedah penyelidikan kualitatif dengan menganalisis dokumen-dokumen yang berkaitan dan seterusnya menganalisis data-data tersebut berdasarkan kaedah induktif dan deduktif. Hasil kajian ini, mendapati bahawa hadith-hadith peperangan mempunyai asbab al-wurud dalam memahami kontekstualnya. Selain itu, terdapat beberapa hadith bersifat thawabit seperti hadith yang berkisarkan kepada akidah yang difahami secara literal seperti mana disabdakan oleh Nabi SAW. Oleh yang demikian, kajian ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri kerana secara tidak langsung dapat memperbetulkan tanggapan sebahagian masyarakat yang melihat Islam adalah agama yang mengajak kepada peperangan berdasarkan kepada kesalahfahaman mereka kepada beberapa hadith khususnya hadith peperangan.

Reference
  • 1. `Abd Aziz ibn `Abd Allah; Ibn Bazz (2010). Al-`Aqidah Al-Sahihah wama Yudhaduha wa Nawaqidhu Al-Islam. Arab Saudi. 2. Abu Al-Husain; Muslim (2001). Sahih Muslim.Tahqiq: `Isam al-Sababiti. Kaherah. Dar al-Hadith. 3. Abu Isa Muhammad; Al-Tirmidhi (1996). Al-Jami` al-Sahih Sunan al-Tirmidhi. (Tahqiq: Ahmad Muhammad Shakir ect all). Beyrut. Dar Ihya` al-Turath al-`Arabi. 4. Abu Zakariya Mahy al-Din; Al-Nawawi (2001) Sahih Muslim bi Syarah al-Nawawi. Tahqiq: `Isam Al-Sababiti. Kaherah. Dar al-Hadith. 5. Ahmad b. Ali; Ibn Hajar (2004). Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari. Tahqiq: `Abd al-Aziz b. Abd Allah b. Baz et al. Cairo. Dar al-Hadith. 6. Ahmad ibn Hanbal (2016) Musnad Ahmad. Tahqiq: Ahmad Syakir. Kaherah. Universiti al-Azhar. 7. `Ali ibn `Aqil ibn Muhammad;Abu Al-Wafa`(1999). Al-Wadih fi Usul Al-Fiqh. Tahqiq: Dr. `Abd Allah ibn `Abd Al-Muhsin. Muasassah Al-Risalah. Beirut. 8. Edi Safri(2013). Al-Imam Al-Syafi`iy: Metode Penyelesaian Hadis-Hadis Mukhtalif. Hayfa Pres. Padang. 9. Faisal Ahmad Shah (2011). Pendekatan Kontekstual Dalam Memahami Hadith-Hadith Rasulullah. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari. Vol 4(2011). 10. Hatim Ahmad Abbas (2012). Thawabit Al-Syariat Amaman Al-Mutaghayyirat. Al-Mandumah: Majalat Jam`iat Al-Anbar Lil `Ulum Al-Islamiyah. 11. Ismail ibn `Umar; Ibn Kathir (1999). Tafsir Al-Quran Al-`Azim. Tahqiq: Sami ibn Muhammad Salamah. Dar Toybah. 12. Jalal Al-Din Al-Suyuthi(2011). Asbab Wurud Al-Hadith aw Al-Luma` fi Asbab Wurud Al-Hadith. Tahqiq: Hamid `Abd Allah Al-Halawi. Dar Al-Kutib Al-`Ilmiyah. Lubnan. 13. Joaness etc. all (2015). Salah Faham Terhadap Konsep Jihad. Islamic and Asian Civilization. 14. Kaharudin&Anwar Sadat (2019). Fungsi dan Manfaat Cabang-Cabang Ilmu Hadis Dalam Perspektif Studi Hadis. Jurnal Imiah Mandala Education. Vol 5. No 1 (April 2019) 15. Kamus Dewan dan Pustaka (2019). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 16. Kementerian Wakaf Kuwait (2006). Mausu`ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah. Wakaf Kuwait. 17. Khairunnas Rajab & Fikri Mahmud (2010). Keganasan; Tela`ah Terhadap Konsep Jihad fi Sabilallah. Jurnal Syariah. Vol 18. No 3. (2010) 18. Liliek Channa AW (2011). Memahami Makna Hadis Tekstual Dan Kontekstual. Ulumuna; Jurnal Studi Keislaman. Vol XV. No 2. Disember(2011) 19. Muhamad Sakri Garwan(2020). Metodologi Pemahaman Hadis Tektual vs Pemahaman Kontekstual. Al-Tadabbur: Jurnal Kajian Sosial, Peradaban dan Agama. Vol 6 No 2 (Disember 2020) 20. Muhammad Abu Al-Laith Al-Khair Abadi (2009). Ulum Al-Hadith Usiluha wa Ma`siruha. Cetakan Keenam. Dar Al-Syakir. Malaysia. 21. Muhammad ibn Isma‘il; Al-Bukhari (2009). Sahih al-Bukhari. Tahqiq: `Abd al-`Aziz `Abd Allah bin Baz. Beirut. Dar Ibn Kathir. 22. Muhammad bin Makram; Ibn Manzur Al-Afriqi (2010). Lisan al-`Arab. Beyrut. Dar al-Sadar 23. Muhammad bin Yazid; Ibn Majah (2009). Sunan Ibn Majah. (Tahqiq: Muhammad Fuad `Abd al-Baqi). Dar al-Fikr. Beyrut. 24. Rifa`at Husnul Ma`afi&Muttaqin(2013). Konsep Jihad Dalam Perspektif Islam. Kalimah: Jurnal Studi Agama dan Pemikiran Islam. Vol 11. No 1(Maret 2013) 25. Syam Al-Din Muhammad ibn Abu Bakar; Ibn Al-Qayyim Al-Jauziyyah (2019). Zad Al-Maad fi Huda Khair Al-Ibad. Tahqiq: Muhammad Ajmal Islahi&Muhammad `Aziz Syams. Dar Ibn Hazm. Beyrut. 26. Subhi Ibrahim Soleh (1984) Ulum Al-Hadith wa Mustolahu `Araddhu wa Dirasah. Cetakan Kelima Belas. Dar Al-`Ilm Al-Malayiin. Beyrut.