Impak Dan Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Atas Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan
List of Authors
  • Nilavani Mahalingam

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) merupakan suatu pengalaman pertama yang agak mencabar bagi yang tidak pernah mengajar dan belajar dalam talian. Pembelajaran secara berhadapan muka terpaksa bertukar kepada pembelajaran atas talian disebabkan PKP dilaksanakan di seluruh Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian telah diamalkan untuk menggantikan pembelajaran secara berhadapan muka di dalam  bilik darjah. Tujuan kertas konsep ini adalah untuk mengenalpasti impak dan cabaran yang dilalui oleh pendidik dan murid semasa pkp dilaksanakan di seluruh Malaysia. Bagi memenuhi tujuan kertas konsep ini beberapa kajian lepas telah dianalisis secara mendalam. Pelaksanaan pdp atas talian memberi impak dan cabaran kepada murid dan pendidik. Dapatan yang diperolehi menunjukkan pengajaran dan pembelajaran atas talian memberikan impak positif dan negatif kepada pendidik dan murid. Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh pendidik dan murid semasa pengajaran pembelajaran dilaksanakan sepenuhnya atas talian.


Reference
  • No Data Recorded