Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Microsoft Teams Dalam Pembelajaran Bahasa Mandarin Secara Dalam Talian
List of Authors
  • Tan Hua An, Tan Tiam Lai

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Demi membendung dan mencegah penularan pandemik Covid-19, pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian telah menjadi pilihan utama di sektor Pendidikan. Peralihan daripada PdP secara bersemuka kepada PdP secara dalam talian telah mengubah corak PdP penuntut di institusi pengajian tinggi. Perubahan ini juga membawa kesan dan cabaran kepada pelajar. Kini PdP secara dalam talian telah menjadi satu keperluan dalam norma baharu untuk memastikan kelestarian dan kesinambungan pembelajaran pelajar. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penggunaan Microsoft Teams dalam pembelajaran bahasa Mandarin secara dalam talian. Soal selidik digunakan sebagai instrumen. Sampel kajian ini adalah seramai 80 orang pelajar yang telah mengikuti kursus bahasa Mandarin 1 dan Mandarin 2 bagi dua semester berturut-turut di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI), Kulim, Kedah. Kajian ini mendapati bahawa persepsi adalah memberangsangkan. Penggunaan Microsoft Teams untuk belajar bahasa Mandarin mendapat maklum balas positif daripada pelajar.


Reference
  • No Data Recorded