Pengetahuan ibu bapa di kawasan Dengkil berkenaan pedofilia terhadap kanak-kanak
List of Authors
  • Nur Saadah Mohamad Aun , Siti Aishah Mohd Yusof

Keyword
  • Pengetahuan, ibu bapa, kanak-kanak, pedofilia, Dengkil

Abstract
  • Kanak-kanak sering menjadi mangsa penderaan termasuklah melibatkan pedofilia. Justeru, pengetahuan ibu bapa adalah penting terutama dalam penyalahgunaan kanak-kanak untuk tujuan seksual seperti pedofilia. Kajian ini dijalankan bagi meneroka pengetahuan ibu bapa berkenaan pedofilia. Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan teknik temu bual separa struktur. Seramai tujuh orang informan yang terdiri daripada ibu bapa yang tinggal di kawasan Pekan Dengkil telah ditemu bual. Data bagi kajian ini dianalisis secara analisis tematik bagi meneroka pengetahuan ibu bapa berkenaan pedofilia terhadap kanak-kanak. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengetahuan ibu bapa masih lagi kurang berdasarkan kepada pengetahuan mereka mengenai istilah, kewujudan kes dan umur sasaran mangsa pedofilia. Hasil kajian juga menyatakan bahawa umur bagi mangsa pedofilia ini diperoleh berdasarkan pendapat dan pengalaman informan dalam mengikuti perkembangan kes pedofilia yang pernah dilaporkan di kaca televisyen, akhbar mahupun internet. Majoriti daripada informan berpendapat bahawa kanak-kanak di peringkat sekolah rendah sememangnya merupakan individu yang berpotensi tinggi menjadi mangsa berbanding individu dewasa disebabkan faktor kenaifan serta kurangnya pengetahuan. Sehubungan itu, kepekaan dari segi pengetahuan ibu bapa amat penting bagi menjamin keselamatan kanak-kanak.

Reference
  • 1. American Psychiatric Association (APA).(2000). Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders. 4th ed, text revision. Washington, DC: American Psychiatric Association.
    2. Aminuddin Ruskam Al-Dawamy & Siti Nur Huda Binti Sulaiman. (2012). Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Kanak-kanak. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
    3. Bell, V. 2007. The Vigilant Parent and The Paedophile: The News of the World Campaign 2000 and the Different from Child Sexual Abuse. Retrived from https://www.gold.ac.uk/media/documents-by-section/course-finder/bell2.pdf
    4. Castro, M., Expósito-Casas, E., López-Martín, E., Lizasoain, L., Navarro-Asencio, E. & Gaviria, J. L. (2015). Parental involvement on student academic achievement: A meta-analysis. Educational Research Review, 14, 33-46
    5. Creswell, J W. (2010). Educational Research – Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research (4thed.). New Jersey: Prentice Hall. Dewar, G. (2013). The authoritative parenting style: Warmth, rationality, and high standards. A guide for the science-minded parent. Retrieved from http://www.parentingscience.com/authoritative-parenting style.html#sthash.iaS4eBl0.dpuf
    6. Eher, R., Olver, M. E., Heurix, I., Schilling, F., & Rettenberger, M. (2015). Predicting Reoffense in Pedophilic Child Molesters by Clinical Diagnoses and Risk Assessment. Law and Human Behavior, 1-11.
    7. Epstein, J. L. (2001). Buidling bridges of home, school and community: the importance of design. Journal of Education For Students Placed At Risk, 6, 161-168.
    8. Feelgood, S & Hoyer. J. 2008. Child molester or paedophile? sociolegal versus psychopathological classification of sexual offenders against children. Journal of Sexual Aggression, 14, 33-43.
    9. Henderson, A. T. & Mapp, K. L. (2002). A new wave of evidence: the impact of school, family and community connections on student achievement. Texas: Southwest Educational Development Laboratory.
    10. Imhoff, R. (2015). Punitive attitudes against pedophiles or persons with sexual interest in children: does the label matter?. Arch Sex Behav, 44, 35–44
    11. Kalkstein, D. A., Kleiman, T., Wakslak, C. J., Liberman, N., & Trope, Y. (2016). Social learning across psychological distance. Journal of Personality and Social Psychology, 110(1), 1-19.
    12. Katiman Rostam. (2014). Kerja lapangan dalam aspek transformasi desa-bandar dan pembandaran. Dlm. Wan Ruslan Ismail, Narimah Samat & Nooriah Yusof (pnyt.). Kerja lapangan: teknik, prosedur dan aplikasi dalam geografi. Pulau Pinang: Penerbit USM.
    13. Miles, M. A., & Huberman, A.M. (1994). Qualitative data analysis: An expanded source book. London, England: Sage.
    14. Mohd Amar Bin Md Arif & Aziani Binti Yusof. (2012). Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pembelajaran Anak-anak: Kajian Perbandingan Korea dan Malaysia. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    15. Nur Saadah, M.A. & Hilwa Abdullah. (2012). Strategi daya tindak dan program sokongan sosial untuk penjaga tidak formal. Journal of Social Sciences and Humanities, 10(1): 170-183.
    16. September, S. J., Rich, E. G. & Roman, N. V. (2015): The role of parenting styles and socio-economic status in parents’ knowledge of child development, Early Child Development and Care, 1-19.
    17. Silverman, D. (2013). Doing qualitative research. 4rd Edition. London: Sage Publications.
    18. Siti Rahayah Ariffin. 2010. Metodologi kajian: kaedah persampelan. Penerbit Universiti Utara Malaysia.
    19. Wang, W.T. & Salam Sheikh-Khalil. (2013). Does parental involvement matter for student achievement and mental health in high school?. Child Development, 85(2), 610-625
    20. Ritchie, J. & Lewis, J. (2003). Qualitative research practice: a guide for social science students and researchers. London: Sage Publications.