Tahap pengetahuan dan kesediaan pelaksanaan STEM dalam kalangan guru matematik sekolah rendah di Lembah Klang
List of Authors
  • Hemaneswary Rethnam , Roslinda Rosli

Keyword
  • Pengetahuan Pedagogikal Dan Isi Kandungan, Kesediaan Guru, Sekolah Rendah, STEM

Abstract
  • Tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan dan kesediaan pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan guru Matematik sekolah adalah rendah. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan guru Matematik sekolah rendah dalam melaksanakan pendidikan STEM di Lembah Klang. Selain itu, kajian juga ingin menentukan kesediaan guru, tahap kemahiran pedagogi dan penilaian dalam melaksanakan pendidikan STEM. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif secara tinjauan melalui borang soal selidik yang melibatkan 75 orang guru Matematik sekolah rendah di Lembah Klang melalui kaedah pensampelan rawak mudah. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tempoh pengalaman mengajar tidak mempunyai kesan ke atas penggunaan STEM oleh guru Matematik sekolah rendah. Kajian ini mendapati kaedah pembelajaran STEM adalah kaedah yang paling berkesan dalam penerapan pemahaman Matematik terhadap prestasi murid dan diikuti dengan kaedah pembelajaran pedagogi. Selain itu, penerapan STEM dalam Matematik di kalangan sekolah rendah di Lembah Klang telah mencapai pada tahap sederhana setakat ini. Pengalaman mengajar guru matematik mempengaruhi tahap pegetahuan STEM di sekolah rendah. Batasan dalam kajian ini ialah data yang diperoleh hanyalah di sekitar Lembah Klang.

Reference
  • 1. Abdullah, M. F. N. L., Hamzah, M. S. G., Ahmad, C. N. C., Adnan, M., Noh, N. M., & Suhaimi, S. (2014). Pembinaan Instrumen Amalan Pentaksiran Guru Matematik Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 4(4), 1–14. 2. Bavani, S., & Sanjivee, P. (2015). A study to understand factors contributing towards weak Studentss academic performances in a private university in Malaysia. SSRN Electronic Journal, 1–8. https://doi.org/10.2139/ssrn.2550076 3. Bryan, L. A., Moore, T. J., Johnson, C. C. and Roehrig, G. H. (2015). Integrated STEM education. In Johnson, C. C, Peters-Burton, E. E., & Moore, T. J. (Ed.), STEM Road Map: A Framework for Integrated STEM Education (pp. 23–37). London: Taylor & Francis. 4. Bunyamin, M. A. H., & Finley, F. (2016). STEM education in Malaysia: Reviewing the current physics curriculum. In International Conference of Association for Science Teacher Education. 5. Chang, Y., & Park, S. W. (2014). Exploring Students’ Perspectives of College STEM: An Analysis Of Course Rating Websites. International Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 26(1), 90–101. 6. Creswell, J. W., & Creswell, J. D. (2018). Research design qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (5th ed.). California: SAGE Publications. 7. Hashim, N. (2014). Issues in values-based education in Malaysia. Kuala Lumpur: IIUM Press. 8. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Laporan Tahunan 2017, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. 9. Koehler, C., Binns, I. C., & Bloom, M. A. (2015). The Emergence of STEM. In Johnson, C. C, Peters-Burton, E. E., & Moore, T. J. (Ed.), STEM Road Map: A Framework For Integrated STEM Education (pp. 13–22). London: Taylor & Francis. 10. Kubat, U. (2018). The integration of STEM into science classes. World Journal on Educational Technology: Current Issues, 10(3), 165–173. https://doi.org/10.18844/wjet.v10i3.3557 11. Ng, A. K. (2001). Why Asians are less creative than Westerners. Singapore: Prentice Hall. 12. Rahayu, T., Syafril, S., Othman, K. B., Halim, L., & Erlina, N. (2018). Kualiti Guru, Isu Dan Cabaran Dalam Pembelajaran STEM. https://doi.org/10.31219/osf.io/jqcu6 13. Sanders, M. (2009). STEM, STEM Education, STEMmania. The Technology Teacher, 68(4), 20–26. 14. Sekaran, U., & Bougie, R. (2013). Research methods for business: A skill-building approach (8th ed.). New Jersey: John Wiley & Sons, Inc. 15. Sulaiman, R. (2003). Pelaksanaan Strategi Pengajaran Kemahiran Berfikir Dalam Mata pelajaran Sejarah Di Peringkat Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes [Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia]. 16. Thomas, T. A. (2014). Elementary teachers’ receptivity to integrated Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM) education in the elementary grades [Doctoral Dissertation, University of Nevada]. 17. Wang, H. H., Moore, T. J., Roehrig, G. H., & Park, M. S. (2011). STEM integration: Teacher perceptions and practice. Journal of Pre-College Engineering Education Research, 1(2), 1–13. https://doi.org/10.5703/1288284314636 18. Wisman, Y. (2020). Teori Belajar Kognitif Dan implementasi Dalam Proses pembelajaran. Jurnal Ilmiah Kanderang Tingang, 11(1), 209–215. https://doi.org/10.37304/jikt.v11i1.88 19. Yusof, R. (2003). Penyelidikan sains sosial. Batu Caves: PTS Publications & Distributors.